Selamat Tahun Baru 2019
Mahasiswa mahu diskaun pembayaran PTPTN dikembalikan
JOHOR BAHRU, 14 Jan - Tindakan membatalkan diskaun dan faedah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 31 Disember lalu adalah satu tindakan tidak adil kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Internship @ GDEX
On the GDEX Internship Programme, you’ll have outstanding opportunities to develop your professional and leadership skills.
Specially structured to give participants an overview of the day-today management activities right down to the operations activities on the shop floor.
There are 3 types of the internship program :
APPRENTICE PROGRAM
REGIONAL INTERNSHIP PROGRAM
Biasiswa MyBrainSc 2019
Biasiswa MyBrainSc 2019 kini telah DIBUKA !
Biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.
BIDANG PENGAJIAN
1. Fizik
2. Biologi
3. Kimia
4. Matematik
Syarat-syarat permohonan adalah berdasarkan 3 kategori berikut :
1) Kedoktoran (Ph.D);
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2019;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
2) Sarjana;
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 31 Disember 2019;
- Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh;
- Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini;
- Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini;
- Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa; dan
- Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.
3) Ijazah pertama;
- Calon adalah warganegara Malaysia;
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada 31 Disember 2019;
- Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level;
- Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level;dan
- Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.
PERMOHONAN
- Permohonan dibuka mulai pada 25 Januari 2019 Jam 4 Petang sehingga 10 Februari 2019 Jam 11.59 Malam.
- Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/.
KEMENTERIAN PENDIDIDKAN MALAYSIA
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5
62200 PUTRAJAYA
Email mybrainsc@moe.gov.my
Puan Nur Ilyani Binti Othman othmanni@moe.gov.my
[03 – 8870 6373]
Puan Norhaslindawati Binti Mohd Hanafi haslindawati.h@moe.gov.my
[03 – 8870 6403]
Puan Hani Suhailiz Binti Ahmad Suhaimi hani.suhailiz@moe.gov.my
[03 – 8870 6370]
Encik Ab Rahman Bin Ahmad Zabidi rahman.zabidi@moe.gov.my
[03 – 8870 6370]
Maklumat Urusetia (Penajaan)
Puan Mariani Binti Mohd Refin mariani.refin@moe.gov.my
[03 – 8870 6582]
Puan Hajarnorni Binti Abu Hassan hajarnorni.abu@moe.gov.my
[03 – 8870 6582]
PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YPJ 2019 (FEBRUARI)
- Pemohon menstilah LAHIR dan MENETAP di Negeri Johor sahaja ;
- Pemohon telah mendapat Tawaran Kemasukan atau Sedang Menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ;
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA dan masih dalam tempoh sahlaku semasa permohonan ;
- Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ;
- Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ;
- Kursus yang diikuti metilah SEPENUH MASA ;
- Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita paling rendah].
1. IPTA ( Semua IPTA dalam negara )
2. IPTS :
- Kolej YPJ
- Kolej Kemahiran YPJ
- Marsah
- UNITAR International University
- Universiti Kuala Lumpur
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti SEGi
- Universiti Selangor (UNISEL)
- Universiti / Kolej Sunway
- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- Universiti Raffles Iskandar
- Universiti Multimedia
- Netherland Maritime Institute Technology (NMIT)
- Institusi Pengurusan Pembangunan Singapura
LANGKAH 1:
Pemohon mendaftar PRA-PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !
LANGKAH 2 :
Setelah menerima emel pengesahan Pra-Permohonan daripada YPJ, pemohon dikehendaki mengikut arahan seterusnya iaitu Mengisi Borang Permohonan online dengan lengkap. Setelah selesai, pemohon mestilah mencetak Slip Permohonan.
LANGKAH 3 :
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 17 SEPTEMBER 2018.
LANGKAH 4 :
Sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2018 (klik), sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan). Lengkapkan dan seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya.
LANGKAH 5 :
Sila semak kelulusan selepas 30 hari bekerja dari tarikh tutup di portal Prolims YPJ ini.
LANGKAH 6 :
Pemohon juga boleh memuat turun Aplikasi YPJ "PROLIMS" di Playstore atau App Store untuk membuat semakan.
- SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ;
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar ;
- Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ;
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ;
- Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga ;
- Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan).
- Salinan Sijil SPM ;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
Mahasiswa tak setuju tukar nama Duta Jauhar
JOHOR BAHRU, 28 Feb - Mahasiswa termasuk majoriti bekas peserta program Duta Jauhar rata-rata mereka didapati tidak bersetuju dengan nama baharu program itu yang ditukar kepada Mahasiswa Harapan Johor.
Hal ini dapat dilihat apabila mereka memberikan maklumbalas di ruang komen berhubung nama baharu yang digunakan itu pada hantaran di laman facebook rasmi program tersebut, baru-baru ini.
Hantaran tersebut bagi menghebahkan permohonan siri terbaru, mendapat pelbagai reaksi komen daripada mereka yang pernah menyertai program berkenaan dan juga pemerhati yang mengikuti perkembangan.
Mahasiswa UTHM, Aisyah Aireen memberi komen, "Semua kena tukar nama. Nama Duta Jauhar sudah ramai orang kenal. Kalau ubah nama, sudah 1 kerja kena marketing balik. Buang masa. Semoga baik-baik sahaja pengisiannya dan ada perkara baru."
Mahasiswa UUM, Siti Hajar bertanyakan, "Kenapa kena ada Harapan juga?"
Begitu juga Mahasiswa UM, Muhammad Fadzlan mempersoalkan, "Apa beza Duta Jauhar dengan Mahasiswa Harapan?"
Beliau menambah, "Harap pembawaannya tetap sama walaupun tidak relevan menukar nama."
Seorang lagi Mahasiswa UM, Solehaton Hishamudin berkata, "Duta Jauhar telah komersil, jadi untuk apa tukar jika matlamat masih sama."
Pemilik akaun bernama Azmir Simpang pula mencadangkan, "Baik letak Duta Harapan saja. Nak sangat Harapan."
Bagi seorang pemerhati, Taufiq Abdul Fattah pula berpandangan, "Tukar nama tetapi objektif masih sama, sesuai dengan peredaran zaman dan kalian (mahasiswa) juga perlu tidak terperangkap dengan sejarah dan kenangan lalu."
Hantaran itu turut dikongsikan lebih 25 pemilik akaun yang menganggap nama program tersebut tidak perlu ditukar.
Syamimi Samingan menyebut, "Sudah elok-elok nama Duta Jauhar. Nama program untuk student punsudah berunsur politik."
Mahasiswa UTM, Ummi Habibah menyatakan, "Satu platform yang mengajar saya segalanya tentang keusahawanan sosial."
Program Mahasiswa Harapan Johor yang menggantikan nama Duta Jauhar telah diumumkan oleh Menteri Besar, Dato' Haji Osman Sapian ketika pembentangan Belanjawan Johor 2019 pada 29 November lalu. Sejumlah RM1 juta diperuntukkan berbanding RM1.5 juta peruntukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Nor Hasrul antara pensyarah muda UTM
Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta'zim 2019 - Permohonan dibuka!
SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN
- Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Ijazah Sarjana yang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus / penyelidikan / campuran secara sepenuh atau separuh masa di IPTA sahaja.
- Pemohon mestilah menetap di negeri Johor.
- Keutamaan adalah kepada pemohon yang lahir di negeri Johor.
- Tiada had umur ditetapkan.
- Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon / keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran.
- Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
- Tempoh mengikuti pengajian Ijazah Sarjana mestilah berbaki lebih dua semester daripada tempoh permohonan.
- Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau mana-mana bantuan kewangan pendidikan daripada mana-mana agensi Kerajaan Negeri Johor sebelum ini.
Muat turun Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga/Pasangan >>> Muat turun sekarang !
Tarikh tutup permohonan pada : 31 Mac 2019.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Pejabat Sektor Perhubungan Strategik dan Tugas Khas
Permodalan Darul Ta'zim
No. 5 Siar Jauhar, Bangunan Sultan Ismail,
Kota Iskandar, 79100 Iskandar Puteri
Johor Darul Ta’zim, Malaysia
Tel : +607-5570 404 / 405
Fax : +607-5570 406
Email: general@pdt.com.my
Politeknik Ibrahim Sultan ditutup, 131 mahasiswa mangsa pencemaran toksik
![]() |
PROSES saringan kesihatan turut dilakukan dalam kawasan kampus selepas penuntutnya mengalami pening kepala, muntah, loya dan sesak nafas di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. |
Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS, Abdul Razak Salim berkata, kesemua 131 penuntut yang terkesan dengan pencemaran tersebut dihantar untuk pemeriksaan lanjut di beberapa hospital kerajaan di negeri ini dan Melaka.
“Daripada jumlah itu 13 orang telah di wad di beberapa buah hospital termasuk Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) selain hospital di Batu Pahat dan Hospital Segamat serta Hospital Besar Melaka.
“PIS telah menutup operasinya buat sementara waktu sehingga ada makluman terkini daripada pihak kementerian.
“Para pelajar dan kakitangan sudah dinasihatkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung dipindahkan ke asrama Politeknik Mersing. Penghuni kuarters iaitu staf PIS juga tinggal sebilangan kecil,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau memohon jasa baik pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk membuat rondaan di kawasan kampus PIS.
Bencana alam sekitar itu turut memaksa 111 buah sekolah rendah dan menengah selain 92 tadika dan taska ditutup di daerah ini untuk keselamatan para pelajar sekali gus sebagai langkah mencegah peningkatan pesakit. - UTUSAN ONLINE
Tahniah kepada pemenang Anugerah Tokoh Siswa 2018
Muhammad Irsyad Bin Zaini
Tahniah! Dr. Sahruddin Jamal, Menteri Besar Johor ke-17
Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene pada pagi tadi.
Beliau yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor juga merupakan Setiausaha PPBM Negeri Johor.
Berita Harian: Dr Sahruddin angkat sumpah MB baharu Johor
Selamat Hari Guru 2019
Mahasiswa IKMAR USM kongsi inovasi dengan warga Felda
Semua pelajar UniSZA dapat duit raya [Untung la]
KUALA NERUS - Seramai 9,910 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menerima 'duit raya' berjumlah RM495,500 menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sumbangan duit raya itu akan diberikan kepada semua pelajar diploma dan ijazah di universiti berkenaan.
"Sumbangan duit raya kepada semua pelajar diploma dan ijazah ini merupakan julung kali diadakan oleh UniSZA manakala majlis iftar menjadi tradisi UniSZA diadakan setiap kali Ramadan.
"Sumbangan mencerminkan komitmen universiti dalam menjaga kebajikan pelajar. Universiti juga berhasrat menyuburkan budaya kasih sayang dan berharap pelajar gembira sepanjang belajar di UniSZA" katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Iftar Perdana bersama pelajar UniSZA dan komuniti sekitar di universiti itu malam tadi.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh.
Sementara itu, Dr Mohd Afandi berkata, setiap pelajar diploma dan ijazah bakal menerima duit raya sebanyak RM50 setiap orang termasuk pelajar bukan Muslim menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sumber : Sinar Harian
Tidak ramai mohon? YPJ lanjutkan permohonan IHS sehingga 20 Julai
Permohonan IHS Sesi 2 telah dilanjutkan daripada 20 Jun sehingga 20 Julai 2019.
Dibuka khusus untuk mahasiswa DIPLOMA dan IJAZAH Sepenuh Masa sahaja.
Terbuka kepada penuntut IPTA dan IPTS TERPILIH (rujuk di laman web YPJ).
Sila klik link berikut untuk membuat permohonan :-
http://portal.ypj.gov.my/insentif-harapan-siswa-ihs/
Permohonan perlu diisikan secara atas talian (online) dan hantarkan slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin (rujuk di laman web YPJ)
-----------
Mahasiswa Diploma yang baharu mendaftar kemasukan pada Jun/Julai ini disarankan agar memohon bantuan ini selagi permohonan dibuka.
Bagi kemasukan baharu Ijazah pada Ogos/September ini, permohonan untuk kalian akan dibuka pada minggu pertama September (jangkaan).
Nantikan informasi di laman blog ini.
#MuafakatMahasiswaJohor
#KepadaJohorBerbakti
Yayasan Penyayang Iskandar Puteri - BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA/IPTS 2020
TMJ mahu kerajaan selesai masalah graduan menganggur
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti tempatan dalam mengisi kekosongan kerja pada masa depan.
Titah baginda, masalah lambakan graduan tidak mendapat pekerjaan adalah disebabkan tahap kebolehpasaran yang rendah dan ketidakpadanan antara permintaan dan penawaran kemahiran.
Menurutnya, isu berkenaan bukan sahaja kesan daripada pandemik Covid-19, tetapi masalah sistemik yang telah wujud selama bertahun-tahun.
“Isu-isu ini perlu ditangani dengan segera dan sistematik untuk membantu graduan meningkatkan kebolehpasaran mereka di masa hadapan. Menteri Pengajian Tinggi telah beri jaminan kepada saya bahawa kementerian sedang meneliti isu-isu tersebut pada waktu ini.
“Pada masa ini bilangan pelajar universiti yang menamatkan pengajian melebihi bilangan peluang pekerjaan yang ada. Jika kita tidak menangani isu ini dengan segera, populasi belia yang ‘berpendidikan tetapi menganggur’ akan bertambah,” titah baginda hari ini.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima menghadap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.
Tunku Ismail turut bertitah agar Johor sentiasa dipilih sebagai hab pendidikan tempatan dan antarabangsa di mana pelajar tempatan harus diberi lebih banyak peluang mendapatkan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berpatutan.
“Johor juga memerlukan polisi pendidikan tinggi yang berpandangan ke hadapan yang merangkumi penggunaan pembelajaran berasaskan pengalaman untuk menyemai kemahiran abad ke-21.
“Reka bentuk dan penyampaian modul pendidikan perlu memanfaatkan teknologi termaju untuk membolehkan pembelajaran yang lebih khusus. Pada masa yang sama pendidikan TVET juga mesti diberi keutamaan untuk menjana lebih ramai pekerja mahir untuk pelbagai industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan,” titah baginda.
Dalam masa sama, baginda turut mencadangkan Persatuan Mahasiswa Anak Johor diwujudkan semula di semua universiti tempatan bertujuan menjadi platform kepada mahasiswa negeri ini menjalankan pelbagai aktiviti dan program sambil berkongsi idea dan pendapat.
“Persatuan ini akan menjadi sebahagian daripada Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) yang lebih besar di mana pelbagai aktiviti dianjurkan seperti kejohanan bola sepak antara universiti,” titah baginda. – UTUSAN
Lima Orang Pimpinan PMJ Dilantik Sebagai Duta Perpaduan Johor
![]() |
Dari kiri: Sallehuddin, Afif Iqmal, Afirul Idris, Saiful Izuan dan Farid selepas menerima Watikah Pelantikan Duta Perpaduan Johor. |