Quantcast
Channel: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
Viewing all 198 articles
Browse latest View live

NASIHAT MB JOHOR BUAT MAHASISWA

$
0
0

Tahniah di atas kejayaan anak-anak Johor yang baru yang melangkah ke universiti. Sematkan perasaan cintakan agama, bangsa dan negara. Andalah harapan dan pewaris negara.

Hari ini (2 September 2014), saya menyampaikan amanat kepada mahasiswa mahasiswi baru UTM. Saya ingin menasihatkan agar mahasiswa memantapkan diri dengan lima perkara ketika berada di universiti sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Lima perkara itu ialah mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal, berfikiran kreatif dan inovatif, belajar bagaimana bekerjasama, menjadi penyampai yang berkesan serta belajar menyesuaikan diri dengan kepelbagaian.

Dengan adanya lima perkara ini, pelajar dapat menempatkan diri mereka di alam pekerjaan yang sentiasa memerlukan pendekatan yang baru untuk mencapai sesuatu objektif. 

Mahasiswa Johor adalah 'Stakeholders' dalam proses memajukan Negeri Johor, bukan sahaja sebagai penerima, juga sebagai penyumbang."


YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin 
Dato' Menteri Besar Johor 
2 September 2014 

Biasiswa Peneraju Tunas Geliga (UPSR 2014)

$
0
0

Kepada ibu bapa calon-calon UPSR 2014, mohonlah biasiswa ini untuk anak anda.

Biasiswa Peneraju Tunas Geliga, oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (PenerajuEdu).

Terbuka kepada semua murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berpotensi dan dari latar belakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang cemerlang.

Semua maklumat lanjut dan cara memohon boleh diketahui di laman web :
http://penerajuedu.com/peneraju-tunas-geliga.php?data-yayasan-peneraju=52

BAJET 2015: KENYATAAN MENTERI BESAR JOHOR

$
0
0
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR JOHOR MENGENAI BAJET 2015

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya negara kita terus kekal aman dan makmur disamping dikurniakan pelbagai sumber rezeki untuk dinikmati oleh rakyatnya.

Mewakili rakyat Johor, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak kerana perbentangan Bajet 2015 sebentar tadi dilihat banyak memberi manfaat kepada rakyat secara umumnya. Ia sekali gus selari dengan prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Negeri iaitu Pembangunan Pro-Rakyat, Merakyatkan Kerajaan dan Muafakat Johor.

Seperti semua sedia maklum, peningkatan kos sara hidup di Negara kita kebelakangan sememangnya menjadi kebimbangan kepada setiap lapisan rakyat. Justeru, Kerajaan Negeri menyambut baik inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam memastikan bebanan rakyat dalam menghadapinya dapat diatasi. Ia termasuklah dengan penurunan kadar cukai pendapatan individu daripada 1 hingga 3 mata peratusan yang mana ini bermaksud sebanyak 300,000 rakyat tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.

Sebagai sebuah negeri yang menjadi pelopor kepada pembinaan rumah mampu milik di negara ini, maka Kerajaan Negeri Johor menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan dalam memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki kediaman sendiri. Saya yakin dan percaya, dengan pelbagai inisiatif perumahan yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib dalam perbentangan Bajet 2015 sebentar tadi, akan lebih banyak rumah mampu milik dapat dibina bukan sahaja di negeri Johor malah di seluruh negara.

Seperti semua sedia maklum, Kerajaan Negeri Johor sentiasa menggalakkan rakyat di negeri ini untuk menceburi bidang keusahawanan. Ia supaya kepesatan ekonomi di Johor akan dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat di negeri ini. Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri turut menyambut baik usaha Kerajaan Pesekutuan dalam menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk para usahawan di negara ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat yang menghadapi penyakit serius seperti jantung, buah pinggang dan kencing manis dengan pemberian pengecualian cukai sebanyak RM5,000 setahun dan penambahan mesin haemodialisis di beberapa hospital dan klinik kesihatan selain penambahan sebanyak 30 Klinik 1Malaysia di seluruh negara. Kerajaan Negeri turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana merancang pembinaan Klinik Gigi di daerah Kluang.

Akhir sekali, saya melihat perbentangan Bajet 2015 kali ini jelaslah menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan keperluan dan kehendak rakyat. Diharapkan dengan setiap apa yang kita rancang ini akan mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Insya-Allah.


Sekian.

MOHAMED KHALED NORDIN
Menteri Besar Johor
10 Oktober 2014.

DUTA JAUHAR DAN JOHOR TALENT: CARA JOHOR DIDIK MAHASISWA BERBAKTI DAN MEMIMPIN

$
0
0
Ketika Anwar ajar mahasiswa merempuh pagar (27 Oktober 2014 di UM), Mahasiswa Johor dari seluruh negara sukarela membantu masyarakat tingkatkan pendapatan, sumbangkan khidmat bakti kepada negeri. INI CARA JOHOR !

Kerajaan Johor baru-baru ini telah melancarkan program khas buat mahasiswa iaitu Duta Jauhar untuk program khidmat masyarakat dan Johor Talent untuk melatih kepimpinan anak muda masa hadapan. Antara 2 inisiatif baharu kerajaan negeri dibawah kepimpinan MB Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin.


Sebagai ibu bapa semestinya mengharapkan anak mereka menjadi orang berilmu untuk membalas jasa pengorbanan ibu bapa mereka dan membantu orang lain, bukan diheret ke jalanan apatah lagi merempuh pagar universiti.

Sebelum ini Johor Talent yang memberi peluang untuk menyumbang khidmat bakti dan menimba pengalaman bersama kepimpinan kerajaan negeri, Exco, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif GLC di negeri Johor. Johor mahu bakat terbaik di kalangan terbaik yang merupakan anak Johor supaya dapat menyumbang kepada negeri kita. Anak johor yang maju 'mindset'nya yang mempunyai jati diri Johor, bukan negatif serba-serbi.

Manakala penuntut dari negeri ini yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara diberi pengiktirafan selaku Duta Jauhar dan turut berperanan memastikan dasar kerajaan negeri berjaya mencapai matlamatnya.

Penuntut yang dilantik selaku Duta Jauhar memainkan peranan sebagai ejen perubahan di mana mereka boleh melibatkan diri dengan pelbagai program berbentuk kemasyarakatan yang selari dengan pelbagai dasar yang diusahakan kerajaan. Masyarakat tempatan juga akan mendapat manfaat secara langsung dan juga pelajar yang terdidik secara menyeluruh.

Penuntut dari 13 IPTA seluruh negara dipilih selaku Duta Jauhar untuk program perintis selaku penggerak utama program berasaskan aktiviti kesukarelaan ini. Golongan mahasiswa perlu melibatkan diri dengan pelbagai program secara langsung bagi memastikan mereka mendapat pendidikan secara lebih menyeluruh berbanding hanya aktiviti di dalam kuliah.

“Penuntut universiti harus proaktif dan melibatkan diri dalam program kemasyarakatan bagi membina modal insan lebih cemerlang. Ini penting kerana golongan mahasiswa ini merupakan aset yang bakal menerajui hala tuju bukan sahaja negeri, tetapi juga negara. Program berbentuk sukarela dan kemasyarakatan perlu digerakkan secara meluas. Ia merupakan nadi penting kepada sumbangan mahasiswa dalam membantu kegiatan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat di luar kampus. Duta Jauhar merupakan program yang melibatkan mahasiswa sebagai ikon, jurucakap dan ejen pembangunan bagi masyarakat setempat.
Mahasiswa yang dipilih akan menjadi penggerak program berdasarkan idea kreatif yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru dan Perancangan Berasaskan Hasil, yang bakal memberi pelbagai manfaat di 10 daerah di negeri ini.

Antara yang akan dilaksanakan ialah projek keusahawanan penternakan burung puyuh secara ekspres oleh mahasiswa UM, yang menyasarkan golongan miskin tegar dapat membantu menjana pendapatan bulanan sehingga 60 peratus melalui pelan strategik jangka masa panjang.

Proses penternakan dan pelaksanaannya akan dilakukan di Kampung Lubok Sipat, Benut, Pontian dan bakal bekerjasama dengan tiga syarikat penternakan dan penjual burung puyuh terbesar di Malaysia.

Antara program dilaksanakan di bawah Duta Jauhar "Mahasiswa Johor Prihatin" termasuk projek keusahawanan penternakan burung puyuh ekspres oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (UM), projek Panchor Iron Single Mother oleh Sekretariat Anak Johor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), projek Akses Kemahiran dan Keusahawanan oleh Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim Universiti Teknologi Malaysia (UTM), projek Sistem Ekonomi Jaringan Usahawan Taib Andak oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Program Kesejahteraan Warga Emas Pagoh oleh Mahasiswa Johor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan projek Transformasi Ekonomi Nelayan Penyabong oleh Persatuan Kebajikan Anak Johor Universiti Putra Malaysia (UPM). 


MENJADIKAN MAHASISWA JAGUH MASYARAKAT

$
0
0

MEMBANGUNKAN negara seperti Malaysia bukan perkara mudah. Ia memerlukan perancangan teliti dan lebih penting, sumbangan dan pengorbanan semua pihak. Kini soal pembangunan negara tidak boleh lagi diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan, sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu.

Konsep kebersamaan dan permuafakatan ini penting kerana hanya melalui pendekatan sedemikian, pembangunan negara dapat dijayakan dengan lebih menyeluruh dan bersifat inklusif. Ini pastinya membantu Malaysia mencapai hasrat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Saya sentiasa melihat generasi muda khususnya mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) boleh menyumbang secara tersendiri kepada pembangunan negara. Saya percaya, mereka bukan sekadar penerima nikmat seperti difahami sesetengah pihak, tetapi boleh memberi sumbangan bermakna kepada kesejahteraan rakyat.

Beri perkhidmatan kepada masyarakat

Baru-baru ini, saya melancarkan program khas mahasiswa, iaitu Duta Jauhar yang bertujuan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Program seumpama ini pernah saya perkenalkan iaitu, Duta Universiti sewaktu menjawat Menteri Pengajian Tinggi.

Program di bawah pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini membawa mahasiswa kepada masyarakat melalui pelbagai program berdasarkan fokus dan kekuatan IPT yang mereka wakili. Duta Jauhar membawa mahasiswa ke alam realiti yang menggabungkan penguasaan ilmu, nilai dan kemahiran. Jika di universiti mereka memberi perhatian kepada ilmu dan kemahiran, tetapi dalam program seperti Duta Jauhar, mahasiswa dapat membina nilai murni yang berupaya membangunkan keperibadian dan sahsiah.

Pembinaan nilai memerlukan pengalaman luar kuliah. Justeru, wadah atau platform mesti diwujudkan untuk mahasiswa memindahkan ilmu, kemahiran, kepakaran, pandangan serta tenaga mereka. Menyedari hakikat ini, Program Duta Jauhar diilhamkan dan dilaksanakan bagi memberi ruang kepada anak muda untuk turut sama dalam usaha meningkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat Johor.

Melalui Duta Jauhar, mahasiswa terpilih diangkat menjadi ejen yang menghubungkan kerajaan negeri dan masyarakat. Mereka berperanan memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan yang berkait rapat dengan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat Johor. Mereka akan menjadi penggerak kepada program berdasarkan idea kreatif yang menggunakan pendekatan NBOS dan Perancangan Berasaskan Hasil, yang bakal memberi pelbagai manfaat di 10 daerah di Johor.

Antara program dilaksanakan di bawah Duta Jauhar ialah projek penternakan burung puyuh ekspres oleh Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (PEMASHOR UM). Projek itu akan dilaksanakan di Kampung Lubok Sipat, Benut, Pontian dan bakal bekerjasama dengan tiga syarikat penternakan dan penjual burung puyuh terbesar di Malaysia.

Bantu jana pendapatan bulanan

Projek ini menyasarkan golongan miskin tegar dapat membantu menjana pendapatan bulanan sehingga 60 peratus melalui pelan strategik jangka panjang. Selain itu, projek Sistem Ekonomi Jaringan Usahawan Taib Andak oleh Persatuan Mahasiswa Johor UKM turut akan dijayakan melalui program Duta Jauhar ini.

Mahasiswa terbabit akan mempelajari selok-belok dan kemahiran menguruskan isu dan cabaran. Ini dapat dilihat melalui empat pendekatan teras pelaksanaan program. Pertamanya, mengenalpasti dengan jelas punca permasalahan yang menjadi penghalang peningkatan tahap sosioekonomi masyarakat setempat. Kedua, selepas mengenal pasti permasalahan, mahasiswa perlu mencari formula penyelesaian menyeluruh. Ketiga, mereka perlu memastikan cadangan penyelesaian yang dibuat dapat dibawa kepada perhatian pihak berwajib untuk tindakan.

Keempat, merancang pemantauan proses pelaksanaan dan kelangsungan pelan tindakan. Langkah ini saya kira adalah amat penting kerana pada peringkat pelaksanaanlah sesuatu dasar yang direncana benar-benar dapat diuji keberkesanannya. Saya percaya, inisiatif Duta Jauhar ini akan menyumbang kepada situasi menang-menang, iaitu membawa manfaat kepada semua pihak.

Masyarakat sebagai kumpulan sasaran akan menerima nikmat, kerajaan dapat memastikan pembangunan terus kepada rakyat, manakala mahasiswa terbabit dapat memperkukuhkan nilai menjadi modal insan berguna. Ini juga akan mengangkat peranan mahasiswa sebagai ejen perubahan, ikon dan jurucakap masyarakat. Mahasiswa tidak lagi dianggap anak kecil yang tidak peduli tetapi berupaya mengubah destini masyarakat. Ia sekali gus dapat mengangkat martabat mahasiswa di mata masyarakat.

Saya percaya program seumpama ini akan memberi pulangan jangka panjang yang mana mahasiswa yang dicernakan melalui program Duta Jauhar ini bakal menjadi pemimpin berkualiti. Pendedahan peringkat awal sebegini akan menjadi nilai tambah kepada mereka ke arah penyediaan sebagai jaguh masyarakat dan pemimpin yang berjasa.

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajar mahasiswa merempuh pagar, mahasiswa di Johor sukarela membantu masyarakat meningkatkan pendapatan dan menyumbang khidmat bakti kepada negeri. Inilah cara Johor yang cuba saya dan kerajaan negeri usahakan demi manfaat anak bangsa kita. Ini kerana mereka umpama batu permata yang berharga, seperti maksud Jauhar.

Penulis ialah Menteri Besar Johor. 

DUTA JAUHAR USIM1: Program Cinta Ilmu Masyarakat Orang Asli Segamat Kecil

$
0
0

Majlis Perasmian Penutup Duta Jauhar: Program Cinta Ilmu Masyarakat Orang Asli pada 23 November 2014 (Ahad) di Perkampungan Orang Asli Segamat Kecil, Segamat. 

Majlis disempurnakan oleh Encik Wan Assim Wan Sekh, Pengarah JAKOA Negeri Johor. Turut hadir Encik Mohd Najib Bin Samingin, Pegawai YPJ; Encik Mohd Firli Amin, Pegawai Penilai UKM; Haji Elias, Pengerusi JKKK dan Tok Batin Kampung Orang Asli Segamat Kecil. 

Duta Jauhar: Program Cinta Ilmu Masyarakat Orang Asli dilaksanakan oleh Kumpulan Duta Jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM1) bagi lokasi projek di daerah Segamat. 

Matlamat program ini, antaranya :
1. Memberi bantuan pendidikan dari sudut bahan belajar dan prasarana, di samping meningkatkan tahap kesedaran dan minat belajar terhadap anak-anak orang asli. 
2. Memupuk kesedaran terhadap penjagaan kesihatan diri. 
3. Memotivasikan mereka untuk bersaing dengan masyarakat bandar yang lain. 

Kami amat mengalukan mana-mana kumpulan Mahasiswa Johor daripada mana-mana IPT, terutama UiTM Segamat untuk melaksanakan apa-apa program yang bermanfaat untuk masyarakat di Segamat. 

TAHNIAH DUTA JAUHAR USIM !

Majlis Kepimpinan Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) 2014-2015

$
0
0
PENASIHAT : TUAN HAJI MOHD JAMAL BIN ALI (019-6222564) 
KETUA PENYELARAS : MOHD NAJIB BIN SAMINGIN (017-7382852)

ZON LEMBAH KLANG

UKM : MOHD ANWAR BIN MOHD RAFI (017-7834431)
UPM  : MOHD NORANIN NAIM BIN SAHRONI (017-7516097)
UM    : ADDIN BIN SALIHOUDIN (013-7454538)
USIM : MOHAMAD IZZUL KHALIS BIN MOHAMAD HANAPI (013-7467386)
UPSI  : MOHAMAD FAKARUDDIN BIN ISHAK (017-7587098)
UPNM : MUHAMMAD AIMAN HALIFI BIN NASIR (017-7751360)
KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA : AMIRUL BIN FAIZAL (014-2674163)

ZON SELATAN

UTM    : FATIN ILYANI BINTI DZULKIFLI (012-7380748)
UTHM  : MUHAMMAD FARID NAQIB BIN MD GHAZALI (017-7888328)
UTEM  : MUHAMMAD ASYRAF BIN ANUAR (017-7357618)

ZON UTARA

USM   : MOHAMMAD FAREEZ BIN AMIRAH (017-6046564)
UUM   : ABDUL HAQIM BIN ZAZALI MUSTHAFA (017-7349604) 
UTP     : MUHAMMAD FAROUQ KHAN BIN MOHD ALI KHAN (019-7706400)

ZON TIMUR

UMT     : SYAZWAN SADIQ BIN ZULKEPLI (017-7469220)
UMP : MOHAMAD AZIZUL HAKIM BIN ABD RAHMAN (014-7750030)

ZON BORNEO
UNIMAS : EMIR FARHAN FADZLI BIN MOHAMAD NASIR (013-6092829)
UMS : ZUNNUR AIMAN BIN NURIKHAN (017-8403986)

*Kemaskini oleh Penyelaras: Mei 2014 - Feb 2015

RM33 JUTA PERKASA ANAK NEGERI JOHOR

$
0
0
YPJ Laksana Pelbagai Program Tingkat Tahap Pendidikan Kemahiran Pelajar

JOHOR BAHRU, 1 Feb. - Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) memperuntukkan RM33 juta untuk pemberian biasiswa dan penganjuran pelbagai program bagi memperkasakan sektor pendidikan sepanjang tahun ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebanyak RM1.3 juta adalah biasiswa kepada pelajar daripada keluarga miskin bermula tingkatan satu hingga enam.

“YPJ memberikan RM600 setahun bagi setiap pelajar tersebut dari tingkatan satu hingga lima, manakala untuk tingkatan enam dan sekolah tinggi agama pula sebanyak RM1,000 setahun. Secara keseluruhan, kerajaan telah membelanjakan RM18 juta yang memberi manfaat kepada 42,000 pelajar.

“Jika ada ibu bapa dengan pendapatan kurang RM1,500 dan anak mereka mendapat pencapaian sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mereka layak menerima biasiswa tersebut,” katanya semasa melancarkan Program Kepimpinan Muda Johor 2015 di Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hajah Normala Abdul Samad; Pengurus Besar YPJ, On Jabbar; Pengarah Pendidikan negeri, Aminudin Adam; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Md. Za’nal Misran dan Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn Bhd, Elias Hasran.

Menteri Besar berkata, peruntukan untuk pinjaman pengajian tinggi YPJ pada tahun ini pula sebanyak RM19.63 juta dan menyifatkan skim yang ditawarkan YPJ lebih baik daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Antaranya, YPJ memberi rebat kepada pembayaran pinjaman segera selain diskaun bagi pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang seperti kepujian kelas kedua atas (dan lebih baik),” katanya.

Selain bantuan untuk kema­sukan ke universiti sebanyak RM1,000 untuk peringkat ijazah dan RM500 bagi diploma, agensi kerajaan negeri itu juga memperuntukkan RM2 juta untuk program tuisyen bagi pelajar aliran sains yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SUMBER : Utusan Online

TIGA PELAJAR UiTM TERIMA BIASISWA JCORP

$
0
0
KUALA LUMPUR, 14 Feb. – Tiga pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menerima biasiswa daripada Johor Corporation (JCorp) untuk bekerja di firma audit di London dan mengikuti program profesional Institute of Chartered Accountants, England and Wales (ICAEW).

Pelajar jurusan Sarjana Muda Perakaunan terbabit ialah Shafreena Mirza Tariq Beg, Noor Liyana Hajar Bakri dan Fiza Ismail yang telah menamatkan pengajian mereka tahun lalu.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ber­kata, keja­yaan tersebut sa­ngat berharga ke­rana telah membuktikan keupayaan universiti terbabit dalam melahirkan mahasiswa yang berdaya saing.


“Ketiga-tiga pelajar tersebut berkemungkinan akan bekerja di firma audit di London selama tiga tahun, namun tertakluk kepada perjanjian mereka dengan pihak JCorp.

“Saya berharap pengalaman yang diperoleh di tempat tersebut dibawa pulang ke Malaysia untuk membantu membangunkan negara memandangkan bukan mudah untuk pelajar mendapat peluang keemasan seperti ini,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan telah menjalani sesi temuduga yang sengit apabila terpaksa melalui 11 jenis penilaian oleh JCorp dan perlu bersaing dengan lebih 100 calon lain yang mempunyai pengalaman kerja dalam pelbagai bidang.

Menurut Sahol Hamid, pengalaman serta komitmen pensyarah UiTM dalam memberi tunjuk ajar kepada siswazah-siswazah itu tidak seharusnya dilupakan.

“Tanpa didikan daripada tenaga pengajar UiTM, mereka mungkin tidak mencapai kejayaan tersebut,” katanya.

SUMBER: Utusan Online

Baca lanjut di Portal Muafakat Johor


Johor Corporation Education Sponsorship

$
0
0
Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan skim penajaan pendidikan sulung Johor Corporation iaitu Johor Corporation Education Sponsorship bagi menaja pelajar-pelajar pra-siswazah dalam empat bidang keutamaan dan kritikal iaitu ekonomi, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan

Biasiswa ini akan memanfaatkan seramai 100 pelajar berpotensi besar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 16 juta. Ia akan membolehkan pelajar terbaik di Johor melanjutkan pendidikan tinggi di universiti terkemuka dalam dan luar negara. Diharapkan biasiswa ini akan diberikan keutamaannya kepada mereka yang benar-benar mempunyai potensi besar dan luar biasa, tetapi daripada latar belakang yang tidak berkemampuan.




"Beri Peluang Kepada Perdana Menteri Selesaikan Isu Rakyat." - Sultan Ibrahim

$
0
0

JOHOR BAHRU, 27 Dis - Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi peluang seperti perdana menteri terdahulu yang juga melakukan kesilapan.

Sambil menegaskan baginda tidak memihak sesiapa, katanya Najib tetap adalah perdana menteri.

"Saya tahu perdana menteri banyak dibidas tetapi saya kata berikannya peluang. Terdapat isu-isu yang masih perlu ditangani, perlu meyakinkan rakyat, yang perlukan jawapan, tetapi saya mesti katakan bahawa ini juga harus ada kesudahannya.

"Setiap daripada kita ada membuat kesilapan tetapi kita mesti sedia belajar, betulkan kesalahan dan lakukan apa yang betul,” titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan The Star.

Sultan Ibrahim juga menegaskan bahawa kedudukan baginda adalah di atas politik dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak termasuk antara Najib dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baginda bertitah setiap kali bertemu dengan sama ada Muhyiddin atau Najib, baginda cuba mengelakkan diri daripada bercakap tentang politik.

"(Muhyiddin) ada luahkan rasa tidak puas hati. Saya dengar dan menyimpannya. Saya juga berjumpa dengan perdana menteri dan elakkan bercakap mengenai politik dengannya.

"Biarlah ahli politik kendalikan hal politik. Saya di atas politik. Jika beliau (perdana menteri) memerlukan nasihat, saya di sini sebagai kawan," katanya.

Baginda berkata selain mesyuarat rasmi, Najib sering kali juga mengadapnya untuk tujuan tidak rasmi di mana kedua-dua mereka membincangkan isu-isu negeri.

Ini termasuk keperluan untuk meningkatkan kerjasama dengan Singapura yang menurut baginda difahami oleh Najib lebih baik berbanding pemimpin terdahulu.

"Saya tidak mahu ungkit kisah lalu dan saya tidak ingin menyelar mana-mana ahli politik, sama ada yang masih aktif atau sudah bersara. Perdana Menteri memahami dan menghargai keperluan untuk bekerjasama dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

"Saya dapati sukar untuk memahami rasional ataupun tidak rasional mana-mana pemimpin Malaysia yang mahu negara ini bergaduh dengan Singapura. Ini adalah apa yang saya panggil pemikiran bengkok," katanya.

Walaupun baginda tidak menyebut mana-mana nama, tetapi Sultan Ibrahim dipercayai merujuk kepada pengkritik lantang Singapura iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir dilaporkan menuduh Najib ‘tunduk’ kepada jiran di selatan negara dengan membatalkan apa yang dikenali sebagai projek "jambatan bengkok".

Sumber: http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/27/johor-ruler-im-above-politics-the-interest-of-the-rakyat-always-comes-first/

Peluang Dapatkan Tiket Percuma #FinalFACup2016 JDT vs PKNS

$
0
0

Peluang untuk dapatkan tiket sempena perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2016 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PKNS FC, di Stadium Shah Alam pada Sabtu, 14hb Mei ini.
Khas untuk anak Johor !

Mari sertai cabaran ‘Johor Berkemajuan’.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Muat naik gambar kreatif beridentitikan Negeri Johor di laman media sosial anda (FB, Instagram dan Twitter) beserta salah satu slogan berkaitan
Johor Berkemajuan, seperti berikut :
  • Apa erti Johor Berkemajuan kepada diri anda? ATAU
  • Bangsa Johor perlu menyokong Johor Berkemajuan kerana? ATAU
  • Apakah ciri-ciri Bangsa Johor yang berkemajuan?.

Sila hashtag: @muafakatjohor ‪#‎muafakatjohor‬ di setiap penyertaan anda. 

2. Print screen gambar dan slogan yang dimuatnaik di FB, Instagram dan Twitter anda, dan emailkan kepada jdtcup@gmail.com Sila letakkan subjek email: Johor Berkemajuan dan butiran peribadi seperti berikut:

  • Nama
  • No. Kad Pengenalan
  • Alamat Rumah / Daerah
  • No. Telefon
  • Pilih tempat untuk menebus tiket (Johor Bahru ATAU Kuala Lumpur)

* Satu email bagi satu penyertaan sahaja.
* Satu (1) tiket PERCUMA menanti anda bagi penyertaan dengan slogan yang menarik dan
menepati kriteria.
* Pemenang bertuah akan dihubungi menerusi email.
Tarikh Tutup: 12 Mei 2016
Terima kasih. Ikhlas daripada Mohamed Khaled Nordin

Contoh Slogan
1. Johor Berkemajuan adalah pembentukan jati diri Bangsa Johor ke arah menjadi masyarakat maju.
2. Saya menyokong Johor Berkemajuan agar menjadi hab ekonomi yang tersohor di rantau ini.
3. Bangsa Johor yang berkemajuan adalah bangsa yang bermuafakat, saling menghormati, dan mempunyai iltizam yang tinggi.
4. Johor Berkemajuan akan tercapai sekiranya Bangsa Johor sama-sama mengamalkan budaya sukarelawan sebagai budaya bangsa Johor

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2016 (DIPLOMA)

$
0
0
PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2016 
(TARAF DIPLOMA UNIVERSITI AWAM SAHAJA)
Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPTA kepada anak Johor daripada keluarga berpendapatan maksimum RM4 ribu bertujuan meringankan beban keluarga untuk membiayai pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Dimaklumkan bahawa Permohonan SBP IPTA 2016 (DIPLOMA) telah dibuka mulai 07hb sehingga 19hb JUN 2016.

SYARAT AM : 

Sila baca dengan teliti di pautan : Syarat Permohonan SBP 2016 (Diploma)
  1. Warga Negeri Johor DAN menetap di Negeri Johor ;
  2. Pemohon telah mendapat tawaran kemasukan ;
  3. Ditawarkan kepada pelajar DIPLOMA SEPENUH MASA (Universiti Awam sahaja) yang mula mendaftar di tahun pertama pada tahun 2016 ;
  4. Tempoh pengajian hendaklah melebihi 1 tahun ;
  5. Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM4,000.

CARA MEMOHON :

  1. Muat turun Borang Permohonan di Laman Web YPJ : http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/sbp2016borang.pdf
  2. Lengkapkan Borang Permohonan dan hantarkan ke YPJ bersama-sama dokumen sokongan yang telah disahkan. 
  3. Sila lengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu DAN Bapa/Penjaga jika tiada Slip Gaji atau Penyata Pendapatan : http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/pengesahanpendapatansbp2016.pdf
  4. Permohonan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 19 JUN 2016.

Keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ (DALAM NEGARA) SESI 3/2016 TARAF DIPLOMA

$
0
0
PERMOHONAN PINJAMAN YPJ (DALAM NEGARA) SESI 3/2016 TARAF DIPLOMA
- UNIVERSITI AWAM & KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) SAHAJA


Dimaklumkan bahawa Permohonan Pinjaman YPJ Sesi 3/2016 telah dibuka mulai 07hb sehingga 19hb JUN 2016.


Permohonan adalah secara onlline melalui pautan di laman web YPJ : http://www.ypj.gov.my/v1/

SYARAT AM : 

Sila baca dengan teliti Syarat Permohonan Pinjaman YPJ Dalam Negara http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/iklanpinjamandalamnegara2016bil32016.pdf
  1. Warga Negeri Johor DAN menetap di Negeri Johor ; 
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon ; 
  3. Pemohon telah mendapat tawaran kemasukan ATAU sedang dalam pengajian semasa memohon ; 
  4. Kursus yang diikuti mestilah SEPENUH MASA DAN mendapat Perakuan Akreditasi daripada MQA ; 
  5. Baki tempoh pengajian hendaklah tidak kurang 1 tahun semasa memohon ; 
  6. Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000. 

CARA MEMOHON : 
  1. Isikan permohonan secara online melalui Sistem Permohonan Pinjaman YPJ.
  2. Sila rujuk Panduan Permohonan Secara Online : http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/panduanmohonpinjaman9.pdf
  3. Sila rujuk Panduan Mengisi Borang Permohonan Secara Online : http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/panduanisiborang6.pdf
  4. Setelah lengkap mengisi Permohonan Online, sila cetak Slip Permohonan dan hantarkan ke YPJ bersama-sama dokumen sokongan yang telah disahkan. 
  5. Sila lengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu DAN Bapa/Penjaga jika tiada Slip Gaji atau Penyata Pendapatan : http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/pengesahan_pendapatan_pinj2.pdf
  6. Permohonan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya pada 19 JUN 2016.

Keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

Skim Bantuan Pendaftaran Universiti Awam 2016 (Ijazah Sarjana Muda)

$
0
0

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN 2016 
(TARAF IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI AWAM SAHAJA)


Dimaklumkan bahawa Permohonan SBP 2016 bagi taraf Ijazah Sarjana Muda telah dibuka mulai 
17 OGOS sehingga 17 SEPTEMBER 2016.

Sila baca dengan teliti arahan dan panduan berikut :

1. Syarat Permohonan SBP 2016 :
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/iklansbp2016.pdf

2. Borang Permohonan SBP 2016 :
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/sbp2016borangogos.pdf

3. Borang Pengesahan Pendapatan Ibu DAN Bapa/Penjaga Bagi Permohonan SBP 2016 :
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/pengesahanpendapatansbp2016.pdf

Keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Bantuan Pendidikan YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

LINK : 
http://www.ypj.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&task=view&id=343&Itemid=83&lang=bm

Pinjaman YPJ bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Universiti Awam 2016

$
0
0

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ (DALAM NEGARA)
BIL 4/2016 | TARAF IJAZAH SARJANA MUDA
- UNIVERSITI AWAM SAHAJA
Dimaklumkan bahawa Permohonan Pinjaman YPJ bagi taraf Ijazah Sarjana Muda Bil 4/2016 telah dibuka mulai 17 OGOS sehingga 17 SEPTEMBER 2016.


Permohonan adalah secara onlline melalui pautan di laman web YPJ :http://www.ypj.gov.my/v1/
Sila baca dengan teliti arahan dan panduan berikut :
1. Syarat Permohonan & Cara-Cara Memohon Pinjaman YPJ 
2.  Panduan Permohonan Secara Online
3. Panduan Mengisi Borang Permohonan Secara Online
http://www.ypj.gov.my/…/imag…/pinjaman/panduanisiborang6.pdf
4. Borang Pengesahan Pendapatan Ibu DAN Bapa/Penjaga Bagi Permohonan Pinjaman YPJ
http://www.ypj.gov.my/…/pin…/pengesahan_pendapatan_pinj2.pdf
Keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta'zim 2016

$
0
0

BANTUAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK JOHOR (PROGRAM SARJANA)

Kerajaan Negeri Johor melalui Permodalan Darul Ta'zim (PDT) dan Yayasan Pelajaran Johor menyediakan bantuan biasiswa bagi Program Ijazah Sarjana (Masters) IPTA melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta'zim 2016 kepada calon-calon Anak Johor yang berkelayakan.

Sila muat turun Syarat dan Borang Permohonan berikut sebelum 25 Mac 2016 :

- Syarat-Syarat Bantuan Tabung Pendidikan PDT 2016 -
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/iklanpdt.pdf

- Borang Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan PDT 2016 -
http://www.ypj.gov.my/v1/images/pinjaman/borangpdt.pdf

Tarikh akhir serahan permohonan lengkap ialah pada 30 Mac 2016.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Bantuan Pendidikan YPJ di talian 07-2344355

---------------------------------------------------

Bantuan menerusi Tabung Pendidikan PDT peringkat sarjana ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Bajet Johor 2016 dalam usaha membangunkan modal insan Anak-anak Johor. Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000 yang akan diberikan kepada 30 mahasiswa yang layak.

Ketika mengumumkan Bajet Johor 2016 pada November tahun lalu, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengingatkan bahawa perkembangan dunia masa kini menuntut rakyat untuk terus meneroka ilmu pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi.

“Sesungguhnya dalam dunia hari ini, memiliki segulung ijazah sudah tidak memadai. Sebaliknya, ilmu harus diteroka ke peringkat yang setinggi mungkin kerana orientasi ekonomi dan persekitaran kita yang berasaskan ilmu dan teknologi.

“Atas kesedaran ini, Tabung Pendidikan PDT akan menyumbang sebanyak RM10,000 seorang kepada 30 mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana,” katanya.

TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR 2016

$
0
0

[ TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR ]

Inisiatif Agenda #JohorBerkemahiran

Dimaklumkan bahawa permohonan bagi Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2016 telah dibuka mulai 01 OGOS sehingga 30 NOVEMBER 2016.


Sila baca dengan teliti, arahan dan panduan berikut :

1. Iklan, Syarat Permohonan, Dokumen sokongan dan Cara Memohon Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2016:-
http://www.ypj.gov.my/v1/images/stories/iklantlkj.pdf -

2. Sila muat turun Borang Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) 2016:-
http://www.ypj.gov.my/v1/images/stories/borangtlkj.pdf -

Keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Bantuan Pendidikan YPJ di talian 07-2344355 (Pn Norhedayu) atau emel ypjtlkj@gmail.com

#BantuanPendidikanJohor#YayasanPelajaranJohor
#JohorBerkemahiran #JohorBerkemajuan 
#TerimaKasihMBJ #KPRJ #MAIJ

Menteri Besar Lancar TransJohor dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Tambahbaik Sistem Pengangkutan Awam Johor

$
0
0

GELANG PATAH, 16 Okt – Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) hari ini melancarkan Perkhidmatan Bas TransJohor dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor (PIPAJ) bagi menambahbaik aspek pengangkutan awam di Johor.


Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata pelaksanaan kedua-dua inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik jaringan dan sistem pengangkutan khususnya pengangkutan awam di Johor.

“Johor sedang beranjak menjadi sebuah negeri metropolitan yang berkepentingan serantau dan global terutamanya dalam menarik masuk pelaburan dari luar. Untuk itu, setiap kawasan di sini mestilah terhubung dengan baik demi kerancakan dan keseimbangan ekonomi.

“Melalui PIPAJ, sistem logistik dan pengangkutan barang yang cekap dan lancar bukan lagi keperluan, tetapi suatu kemestian bagi memastikan urusan penghantaran dan pengurusan mobiliti barang dapat dilaksanakan dengan cekap agar Johor menjadi destinasi pelaburan yang dinamik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sempena Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas TransJohor dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Johor (PIPAJ) di Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah, pagi tadi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Suhairi Hashim dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Dr. Badrul Hisham Kassim.

Mohamed Khaled turut menegaskan bahawa di Johor, kesejahteraan hidup masyarakat juga akan dapat ditambah baik jika mereka dapat menikmati sistem dan jaringan pengangkutan awam yang baik

“Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Negeri merangka satu pelan pengangkutan yang komprehensif dan memperkenalkan sistem bas yang berkesan iaitu TransJohor.

“Dengan jumlah jajaran perkhidmatan sejauh 742 kilometer dan meliputi 14 laluan melibatkan sembilan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, ia akan dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa, wifi percuma dan GPS bagi memudahkan pengguna mengetahui lokasi bas.

“Malah, PAJ juga akan menubuhkan sebuah pusat kawalan perkhidmatan bagi memantau setiap pergerakan bas di dalam kawasan yang ditetapkan bagi menyelesaikan masalah pengguna yang perlu menunggu bas terlalu lama,” katanya.

Beliau juga berkata, sistem pengangkutan awam yang baik juga adalah penting untuk menjayakan Johor Lestari dan memastikan pembangunan negeri yang mapan, terancang dan harmoni dengan persekitaran yang sihat.

“Perkara itu juga selari dengan usaha untuk menjadi perintis kepada projek yang berkonsepkan teknlogi hijau dan menjadi bandar hijau pertama di negara ini.

“Malah, ia turut merangkumi salah satu komponen dalam PIPAJ yang akan memeta perancangan untuk tempoh antara 30 hingga 50 tahun akan datang demi kelestarian alam sekitar,” katanya.

Pada majlis sama, turut berlangsung perasmian Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah.

Terminal berkeluasan 1.7 ekar itu telah siap dibina semula dengan kos keseluruhan berjumlah RM6.8 juta bagi meningkatkan kualiti kemudahan awam dan keselesaan pengguna.

Lokasi terminal yang berada dalam lingkungan kemudahan utama seperti klinik kesihatan, sekolah dan balai polis menjadikan terminal itu sentiasa mendapat tumpuan selain menjadi pusat transit daripada Gelang Patah ke Singapura dan pusat bandar serta kawasan sekitarnya. - Jauhar

Iklan Jawatan Kosong Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd - Tutup 24 Nov 2016

$
0
0

Iklan Jawatan Kosong di Permodalan Darul Ta'zim Sdn Bhd 


Tarikh tutup 24 Nov 2016

1. Eksekutif Pemasaran 
2. Pembantu Pentadbiran 
3. Pembantu Perakaunan 





Viewing all 198 articles
Browse latest View live