Quantcast
Channel: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR
Viewing all 198 articles
Browse latest View live

Jualan T-Shirt STYLE17 untuk Mahasiswa Johor

$
0
0
" Jom cetuskan Gelombang Mahasiswa Johor !! "

Jualan T-Shirt STYLE untuk Para Mahasiswa Johor !!! 
Jualan Terbuka Seluruh Negara !!! 

Apa yg STYLE ??
✅ Design simple yg cun lagi STYLE
✅ 2 pilihan warna: Navy Blue & Royal Blue
✅ Material: Cotton & Microfiber
✅ Lengan Pendek & Panjang
✅ Saiz: Dari XS hingga 5XL
✅ Harga sangat mampu beli

PRE-ORDER KINI DIBUKA ! 
Mulai 20 hingga 30 NOVEMBER 2017 ! 

Ayuh tempah sekarang di hotline berikut :
(Tempahan ikut Zon Lokasi kampus IPT anda)

ZON SELATAN :
Link : https://wasap.my/60127711284
Link : https://wasap.my/60177382852

ZON TENGAH :
Link : https://wasap.my/60177429297

Link : https://wasap.my/60177382852 

ZON UTARA : 
Link : https://wasap.my/60193706312 
Link : https://wasap.my/601119736948

ZON TIMUR : 
Link : https://wasap.my/60177872067
Link : https://wasap.my/6017-8253711

ZON BORNEO :
Link : https://wasap.my/60149134534 



HANYA HARGA TERISTIMEWA KAMI TAWARKAN KEPADA SEMUA 
TERUTAMA KEPADA PARA AHLI BERDAFTAR ! 

AYUH SOKONG KAMI ! 
JUALAN INI SEBAGAI SUMBER UNTUK PENGURUSAN PERTUBUHAN 
DAN JUGA SUMBER BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM TAHUN HADAPAN. 

===============
Eksklusif oleh:
Pertubuhan Mahasiswa Johor

Layari web : www.mahasiswajohor.my
LIKE FB : SISWA ANAK JOHOR (https://www.facebook.com/MahasiswaJohor)
Join channel : https://t.me/mahasiswajohor



Insentif Khas Geran Sepadan RM500 SSPN1M | #Bajet2018

$
0
0
Insentif Khas Geran Sepadan SSPN1M | #Bajet2018 

** Simpan RM500, PERCUMA RM500 ** 



Apa itu SSPN1M ?

- SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN-i Plus. Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak. 

Apa itu Geran Sepadan RM500 ?
- Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang diberikan secara percuma bernilai RM500. 
- Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis). 



Bagaimana untuk mendapatkan insentif RM500 ini ?


Jika anda ada anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun dan bersekolah rendah ; 

- Buka akaun SSPN (jika belum buka) di mana-mana cawangan PTPTN dan buat simpanan bersih mulai Januari 2018 berjumlah RM500. 

- Jika sudah ada akaun SSPN, buat simpanan baharu dalam akaun itu juga dengan jumlah bersih RM500. 


Bilakah insentif GS500 ini diberikan ?

- Insentif GS500 ini akan diberikan (deposit ke dalam akaun SSPN) pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).


Bolehkah insentif GS500 ini dikeluarkan ?

- Insentif GS500 ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun. 
- Maksudnya, simpanan ini akan kekal dalam akaun SSPN sehingga umur anak 18 tahun, barulah boleh dikeluarkan untuk belanja pendidikan anak anda. 

Jadi ibu bapa semua, jangan terlepas dapatkan insentif ini yang berhak untuk masa depan pendidikan anak anda ! 

HEBAHAN DI FACEBOOK PAGE : LINK 

Info lanjut boleh layari : www.lovesspn.com 
Atau merujuk laman ini (KLIK) sebagai sumber rujukan. 

=============
Pesanan Prihatin ini oleh :
Pertubuhan Mahasiswa Johor

**Mohon Sebarkan... Benda baik ini Untuk seluruh negara...

JAWATAN KOSONG - Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad

$
0
0

Permohonan adalah dipelawa daripada wargenegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB) seperti berikut :- 

  1. PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGURUS)
  2. PEMBANTU EKSEKUTIF
  3. PEMBANTU EKSEKUTIF RENDAH
  4. PEGAWAI AM RENDAH / PENGHANTAR SURAT 

Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon sekarang juga. 


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2018
Sektor : Swasta
Lokasi : Johor


Sumber 

Jawatan Kosong - Johor Land Berhad

$
0
0

Terkini kekosongan jawatan di Johor Land Berhad :

  1. Engineer - Degree in Civil Engineering

  2. Executive - Degree in Mathematic

  3. Executive - Degree in Investment (Finance Investment)

  4. Technician - Diploma in Civil Engineering / Sijil

  5. Technician - Diploma in Environment / Sijil

  6. Clerk - SPM / Sijil / diploma

  7. Driver - 
SPM / Sijil 

** Sebarang pertanyaan sila hubungi 07-3564994 (Ain) atau emel ain.jamil@jland.com.my

==========
Lets Join our channel : https://t.me/mahasiswajohor

PERMOHONAN PINJAMAN YPJ 2018 (JANUARI)

$
0
0
PERMOHONAN PINJAMAN YPJ 2018 
[ BAGI PELAJAR TARAF IJAZAH, DIPLOMA & SIJIL ] 

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pinjaman YPJ Tahun 2018 (Januari) bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah telah dibuka mulai 21hb JANUARI sehingga 08hb FEBRUARI 2018

Bermula pada Jun 2017, YPJ telah menggunakan kaedah baharu dalam menguruskan permohonan Pinjaman Pelajaran. [AMARAN: Sila baca artikel ini sehingga habis untuk memahami maklumat lanjut] 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Tawaran kemasukan atau sedang menuntut di Institusi Pengajian sebelum membuat permohonan ; 
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA ; 
  4. Baki tempoh pengajian semasa permohonan tidak kurang satu (1) tahun ; 
  5. Pemohon tidak menerima apa-apa penajaan/pembiayaan sama ada pinjaman atau biasiswa dari agensi-agensi lain ; 
  6. Kursus yang diikuti metilah SEPENUH MASA ; 
  7. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM8,000.00 sebulan [ Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita paling rendah ]. 
TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA : 
  1. Sijil             ( Kolej Kemahiran Teknikal Johor sahaja )
  2. Diploma     ( semua IPTA, KPYPJ dan Marsah sahaja )
  3. Ijazah Sarjana Muda ( IPTA sahaja )
CARA MEMOHON :

LANGKAH 1:
Pemohon membuat PERMOHONAN secara online : (klik) Mohon Sekarang !

LANGKAH 2 :
Setelah selesai mengisi permohonan online, pemohon dikehendaki mencetak slip permohonan.

LANGKAH 3 :
Pemohon dikehendaki menghantar SLIP PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 08 FEBRUARI 2018.

LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan).

LANGKAH 5 :
Pemohon yang berjaya akan menerima SURAT TAWARAN PINJAMAN dan satu (1) set Dokumen Perjanjian yang dihantar melalui pos ke alamat pemohon.

LANGKAH 6 :
Lengkapkan dokumen perjanjian dan hantarkan ke YPJ dalam tempoh 3 minggu dari tarikh surat tawaran diterima.

LANGKAH 7 :
Bayaran pertama pinjaman akan dibuat dalam tempoh 2 bulan dari tarikh dokumen perjanjian dihantar.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIHANTAR 
(Semua dokumen hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Ketua kampung/ yang setaraf dengannya) 
  1. SLIP PERMOHONAN Pinjaman (dicetak setelah diisi lengkap secara online) ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar ; 
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  5. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  6. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga [ Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), Sila muatturun Borang Pengesahan Pendapatan-Pinjaman YPJ 2017 (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A /Ketua kampung/ yang setaraf dengannya ] ; 
  7. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan). 
  8. Salinan Sijil SPM ; 
  9. Salinan Sijil Berhenti Sekolah. 
Keterangan lanjut, layari https://www.ypj.gov.my/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA "

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 


Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

DANA DIDIK JAUHAR KIDS - CARUMAN RM50 AKAUN SSPN-i UNTUK BAYI LAHIR DI JOHOR PADA 2018

$
0
0
DANA DIDIK JAUHAR KIDS 


Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Jauhar Kids. 

Bermula pada tahun 2018, Kerajaan Negeri akan membantu pembukaan Akaun SSPN-i bernilai RM50 seorang untuk bayi yang dilahirkan di Johor pada tahun 2018. 

Syarat-syarat kelayakan: 

1. Ibu dan Bapa adalah warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada ibu yang lahir di negeri Johor)
2. Bayi yang dilahirkan di negeri Johor mulai 1 Januari 2018
3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan


Borang permohonan boleh diambil di mana-mana kaunter berikut:

1. Wad-wad bersalin hospital utama di seluruh Johor
2. Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Negeri Johor
3. Pejabat PTPTN Cawangan di negeri Johor, atau
4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, Larkin.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian:
07-2344 355 (ext 223)  ATAU e-mel ypj@johor.gov.my

**Tempoh permohonan adalah dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kelahiran bayi

SSPN-i menawarkan keistimewaan berikut:

1. Pelepasan taksiran cukai hingga RM6,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.

2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas.

3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.

4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak.

5. Simpanan dijamin oleh kerajaan.

6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

7. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen SSPN-i

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2018

$
0
0
PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPTA 2018
(BAGI KEMASUKAN PELAJAR BAHARU TARAF IJAZAH & DIPLOMA)

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPTA bagi kemasukan pelajar baharu tahun 2018 taraf IJAZAH dan DIPLOMA telah dibuka mulai 01 sehingga 18 FEBRUARI 2018. 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 

  1. Warga Negeri Johor dan menetap di negeri Johor sahaja ; 
  2. Pemohon telah mendapat Surat Tawaran kemasukan ; 
  3. Ditawarkan kepada pelajar IJAZAH SARJANA MUDA dan DIPLOMA SEPENUH MASA (Universiti Awam Sahaja) yang mendaftar kemasukan tahun pertama pada tahun 2018 ; 
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah satu (1) tahun atau lebih ; 
  5. Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga tidak melebihi RM4,000.00 ; 
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja dalam setahun untuk setiap taraf pengajian ; 
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain. 

CARA MEMOHON :

LANGKAH 1 :
Muat turun Borang Permohonan di web YPJ (klik) Mohon Sekarang ! dan isikan lengkap.

LANGKAH 2 :
Semak senarai dokumen yang perlu dihantar (baca senarai di bawah).

LANGKAH 3 :
Hantar BORANG PERMOHONAN beserta DOKUMEN SOKONGAN (baca senarai di bawah) ke YPJ sebelum atau pada 18 FEBRUARI 2018.

LANGKAH 4 :
Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan).

LANGKAH 5 :
Wang bantuan akan dimasukkan ke akaun pelajar secara Electronic Fund Transfer (EFT). 


SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR :
  1. Borang Permohonan yang telah lengkap ; 
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar ; 
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga ; 
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ; 
  5. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar) ; 
  6. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja. [Nota: 1. Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima. 2. Pelajar perlu membuka akaun Bank Islam jika tiada. ] 
  7. Salinan Slip Gaji atau Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga 
  8. Sekiranya Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak mempunyai slip gaji (Bekerja Sendiri) ATAU tidak bekerja (Suri rumah / Pesara / Pencen / tiada punca pendapatan), sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan (klik) dan melengkapkannya, seterusnya hendaklah disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / Penghulu / Ketua kampung / yang setaraf dengannya ] ; 
  9. Salinan Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan).
Keterangan lanjut, layari https://www.ypj.gov.my/ atau hubungi Bahagian Pinjaman YPJ di talian 07-2344355 atau emel ypjpinjaman@yahoo.com

SEKIRANYA PEMOHON TIDAK MENERIMA SEBARANG SMS/EMEL DALAM TEMPOH 3 BULAN (WAKTU BEKERJA) DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN, PERMOHONAN ADALAH DIANGGAP TIDAK BERJAYA. 

" SELAMAT BERJAYA " 


Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

YPJ perkenal Tuisyen Digital RM1 sebulan

$
0
0
Peruntuk RM300,000 bantu anak keluarga kurang berkemampuan



PASIR GUDANG, 5 Feb - Kira-kira 25,000 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksi­ran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang mengikuti pakej pembe­lajaran tambahan serendah RM1 sebulan menerusi program e-Learning Johor. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang (YPG) melancarkan program pembelajaran digital itu dengan peruntukan berjumlah RM300,000. 

Beliau berkata, program itu bagi membantu pelajar dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan dan penyertaan terbuka kepada murid-murid pelbagai kaum yang bersekolah di negeri ini. 

“Program ini sebagai pembe­lajaran tambahan untuk pelajar yang disediakan menerusi laman sesawang dan boleh diakses secara atas talian pada bila-bila masa menerusi telefon bimbit, komputer riba atau alat elektro­nik lain. 

“Ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bagi me­ningkatkan keupayaan anak-anak Johor dalam sektor pendidikan agar generasi muda tempatan da­pat bersaing dan merebut pe­luang bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka,” katanya semasa merasmikan e-Learning Johor di Dewan Serbaguna Taman Mawar di sini, kelmarin. 

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dan Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan. 

Mohamed Khaled yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas berkata, program itu menyediakan medium pem­belajaran tambahan dengan isi kandungan yang komprehensif serta silibus berpandukan sukatan pembelajaran Kementerian Pendidikan. 

“Setakat ini seramai 3,000 pelajar telah mendaftar dan terpilih menyertai program e-Lear­ning ini dan jumlah peruntukan yang disediakan akan ditambah pada masa akan datang sekiranya mendapat permintaan menggalakkan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau mene­gaskan, kerajaan negeri tidak menawarkan pembiayaan penuh atau biasiswa secara kepada semua murid bagi memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan meliputi semua aspek dan lapisan masyarakat secara seimbang. 

“Kerajaan perlu beri tumpuan sama rata dalam semua aspek. Kalau kita hanya tumpu pada aspek pendidikan seperti yang dibangkitkan pembangkang dan tawarkan biasiswa kepada semua pelajar, bagaimana kita nak tingkatkan sektor ekonomi. Pelajar-pelajar ini nanti apabila keluar, mereka nak kerja apa? 

“Biasiswa adalah ganjaran bagi pelajar cemerlang sebab itu di pengajian tinggi, kerajaan tukarkan pinjaman pelajaran kepada biasiswa bagi pelajar cemerlang,” tegasnya sambil memberitahu Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) yang ditawarkan YPJ kepada 10 pelajar terpilih dari Pasir Gudang menerima RM600 setahun bagi pelajar tingkatan satu hingga lima dan RM1,000 setahun untuk pelajar tingkatan enam. - UTUSAN

"Sistem Pendidikan mampu lahir Modal Insan berkualiti" - Zahid

$
0
0
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap di hadapan siswa dan siswi baharu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda UTHM, di Parit Raja hari ini. - Foto BERNAMA

BATU PAHAT, 10 Feb : Kerajaan memberi keutamaan terhadap aspek pendidikan negara bagi melahirkan lebih ramai modal insan berketerampilan dan berkualiti. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan juga menyediakan peruntukan besar dalam Bajet setiap tahun khusus untuk pendidikan awal atau pendidikan tinggi negara. 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan melabur dengan jumlah yang besar dalam pendidikan tinggi kerana mahu Malaysia menjadi negara maju dengan sasaran 60 peratus tenaga kerja memiliki diploma atau ijazah pertama. 

"Kebanyakan pemimpin di negara ini juga lahir dari kejayaan sistem pendidikan negara ini yang dibentuk dengan baik. 

"Pihak yang menuding jari bahawa sistem pendidikan negara kita salah dan tidak berkualiti perlu melihat diri mereka sendiri dan tanya apa yang disumbangkan mereka dalam menambah baik sistem sedia ada. 

"Mana mungkin saya berdiri di hadapan tuan-tuan hari ini jika tanpa sistem pendidikan negara yang baik. Saya sendiri anak seorang ustaz tapi mampu menjadi pemimpin disebabkan pendidikan negara yang disusun begitu baik. 

"Kita harus berterima kasih kepada kerajaan yang sudah membentuk sistem pendidikan yang baik dengan pelbagai kemudahan sehingga mampu mengeluarkan sekian banyak graduan berkualiti," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Pemimpin Negara Sempena Minggu Haluan Siswa (MHS) Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2017/2018, di Dewan Tunku Mahkota Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly. 

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk pembangunan baharu Kampus UTHM Tanjong Laboh. 

Sementara itu, Ahmad Zahid sempat meluangkan masa menziarahi Senator Rahemah Idris di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, di sini. 

Rahemah,59, yang juga Ketua Wanita UMNO Ayer Hitam sejak 2004 itu dikejarkan ke HSNI awal pagi semalam berikutan diserang angin ahmar. 

Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak Disember 2016 itu kini dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor. 

Ahmad Zahid dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis meluangkan 10 minit bertanya khabar Rahemah selain memberi kata-kata semangat kepadanya. - BH ONLINE

PANGGILAN SUKARELAWAN ! Pembinaan Rumah Ihsan Johor ke-28 & 29

$
0
0

Ayuh Sertai Kami Sebagai Sukarelawan Ihsan Johor di Projek Pembinaan Rumah Ihsan Johor ke-28 dan Ke-29 yang akan di adakan di GELANG PATAH Hujung minggu ini. 

Klik link untuk Pendaftaran Sukarelawan dan Maklumat Lengkap Projek:-

  • Terbuka kepada semua
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tiada kemahiran minimum diperlukan

Ihsan Johor adalah platform untuk rakyat menyumbang kepada JOHOR. Jom Sertai Kami !

Pembinaan Rumah Ihsan Johor ke-34. Sukarelawan Diperlukan !

$
0
0

Ihsan Johor adalah satu inisiatif baru Kerajaan Negeri Johor dalam melahirkan Bangsa Johor yang suka tolong orang dan akhirnya dapat menjadikan JOHOR ini suasananya saling bantu membantu tolong menolong malahan prihatin antara satu sama lain. 

Ihsan Johor adalah satu Platform untuk Bangsa Johor ini menyumbang semula kepada JOHOR dengan menyumbang tenaga dan masa di Projek Pembinaan Rumah Ihsan Johor. 

Pembinaan Rumah Ihsan Johor ke-34 akan dijalankan pada 30, 31 Mac dan 1 April 2018 di Masai, Johor

Ayuh semua sertai kami ! 
Wajib 18 Tahun dan keatas. 
Tiada kepakaran kemahiran tertentu diperlukan.

Untuk maklumat lanjut dan Pendaftaran Sukarelawan klik link:- 

Ikuti facebook dan instagram kami @ihsanjohor untuk makluman lanjut.

#IhsanJohor 
#AyuhJohor
#DekadBaharuJohor
#SapotJohor

TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR 2018

$
0
0
PERMOHONAN TABUNG LATIHAN KEMAHIRAN JOHOR 2018

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)


Dimaklumkan bahawa Permohonan Tabung Latihan Kemahiran Johor 2018 kini telah dibuka dari 11 Mac sehingga 11 April 2018.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Bermaustautin tetap dinegeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
  2. Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
  3. Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off) / pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)
  4. Jenis Pensijilan:
    • Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
    • Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
  5. Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut :
    • Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
    • Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)
  6. Bidang latihan  yang  ditaja adalah  bidang  yang  menjadi  tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang   pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
    • Hospitaliti dan Pelancongan
    • Minyak & Gas
    • Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor


CARA MEMOHON : 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>> KLIK


MUAT TURUN GARIS PANDUAN PERMOHONAN >>> KLIK


---


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

BIASISWA SUKAN ATLET JOHOR 2018

$
0
0
PERMOHONAN BIASISWA SUKAN ATLET JOHOR 2018

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)


Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sukan Atlet Johor 2018 kini telah dibuka dari 11 Mac sehingga 11 April 2018.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN : 
  1. Lahir dan menetap di Negeri Johor / salah satu;
  2. Terbuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian Diploma & Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja;
  3. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh memohon;
  4. Telah mendapat surat tawaran kemasukan / sedang mengikuti pengajian
  5. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualification Agency (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  6. Keutamaan adalah kepada pelajar yang masih belum mempunyai tajaan (sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan maka, pelajar hanya boleh menerima satu tajaan dalam satu masa yang sama)
  7. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’
  8. Bagi pelajar yang baru mendaftar di tahun pertama, perlu :
    • Pernah menyertai kejohanan/sukan sekurang-kurangnya di peringkat negeri (tempoh penyertaan tidak kurang dari tempoh 5 tahun semasa permohonan dibuat)
  9. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
    • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini ;
    • Masih bergiat aktif sebagai atlet di dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan;
    • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun

KADAR & TEMPOH TAJAAN : 


TARAF*KADAR BIASISWA**TEMPOH TAJAAN
Ijazah Sarjana MudaYuran sebenar + sara hidup (RM 6,000 setahun)Maksimum 5 tahun
DiplomaYuran sebenar + sara hidup (RM 6,000 setahun)Maksimum 4 tahun
*  Kadar sara hidup meliputi makan minum & perlatan bagi tujuan akademik dan sukan
** Maksimum/ megikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak universiti

CARA MEMOHON : 
  1. Muat turun borang permohonan di laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor ypj.gov.my, lengkapkan dan hantar ke YPJ selewat-lewatnya pada 11 April 2018
  2. Berikut merupakan dokumen wajib untuk diserahkan ke YPJ :
  1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan (borang permohonan boleh dimuat turun di laman web YPJ)
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa
  3. Salinan surat tawaran pengajian
  4. Borang pengesahan oleh Pegawai Sukan dari pusat sukan IPT (boleh dimuat turun di lamanweb YPJ)
  5. Keputusan terkini peperiksaan (jika berkaitan)
  6. Struktur yuran sepanjang pengajian
(Peringatan:Pengesahan hendaklah dibuat oleh pegawai Professional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawai/ Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>> KLIK

MUAT TURUN BORANG PENGESAHAN PUSAT SUKAN INSTITUSI >>> KLIK

MUAT TURUN GARIS PANDUAN PERMOHONAN >>> KLIK


---


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

BIASISWA SULTAN IBRAHIM 2018

$
0
0
PERMOHONAN BIASISWA SULTAN IBRAHIM 2018

AGENSI: YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

Dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim 2018 kini telah dibuka dari 11 Mac sehingga 11 April 2018.

SYARAT AM PERMOHONAN : 
  1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
  3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
  6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
  7. Pengajian adalah sepenuh masa
  8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
  9. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat (bagi yang sedang berkhidmat tetapi mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 4,000 dengan tanggungan 3 orang dan ke atas akan dipertimbangkan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang masih belum bekerja)


SYARAT KHUSUS AKADEMIK : 

1. Peringkat Ijazah Sarjana (Master)
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara.
2. Peringkat Doktor Falsafah (PhD)
  1. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara. 
  2. Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT
Sekiranya pemohon (Master/PhD) tidak memenuhi syarat khusus akademik yang dinyatakan di atas, pemohon boleh mengemukakan keputusan peperiksaan terkini dengan syarat PNGK 3.75 ke atas/ kelas pertama.


BIDANG TAJAAN : 
  1. Sains Kesihatan
  2. Sains Sosial
  3. Sastera
  4. Sains Tulen
  5. Kejuruteraan

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN : 

Penerima biasiswa hendaklah memperolehi keputusan penuh peperiksaan di akhir semester dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara. Sekiranya pelajar gagal memenuhi keputusan seperti yang telah ditetapkan, biasiswa tersebut akan di ubah kepada skim pinjaman pelajaran dimana pelajar akan dikenakan bayaran balik mengikut jumlah biasiswa yang telah diterima.


KADAR & TEMPOH TAJAAN : 


KATEGORIYURAN PENGAJIAN (Sepanjang Pengajian)ELAUN SARA HIDUP(Setahun)TEMPOH TAJAAN
Ijazah Sarjana (Master)Tidak Melebihi RM 10,000RM 12,0001 hingga 2 tahun
Doktor Falsafah (PhD)Tidak Melebihi RM 24,000RM 18,0003 hingga 4 tahun

CARA MEMOHON : 
  1. Muat turun borang permohonan di laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor, lengkapkan dan hantar ke YPJ selewat-lewatnya pada 11 April 2018
  2. Berikut merupakan dokumen wajib untuk diserahkan ke YPJ :
  1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan 
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa
  3. Salinan surat tawaran pengajian
  4. Keputusan terkini peperiksaan (jika berkaitan)
  5. Struktur yuran sepanjang pengajian
(Peringatan:Pengesahan hendaklah dibuat oleh pegawai Professional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawai/ Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.)

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN >>> KLIK

MUAT TURUN GARIS PANDUAN PERMOHONAN >>> KLIK

---


" SELAMAT BERJAYA " 

Disediakan oleh: PERTUBUHAN MAHASISWA JOHOR 

Jom daftar keahlian PMJ. Hanya klik >>> http://www.mahasiswajohor.my/p/daftar-ahli.html

Jawatan Kosong - Perbadanan Islam Johor (PIJ)

$
0
0

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Perbadanan Islam Johor bagi jawatan berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Taraf Jawatan                  : KONTRAK
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Gred Jawatan/Gaji          : N29
Jadual Gaji                      : RM 1,493.00 – RM5,672.00
Lain-lain Imbuhan:
           – Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
           – Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
           – Elaun Sara Hidup : RM 300.00

2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

Taraf Jawatan                  : TETAP
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
Gred Jawatan/Gaji          : W29
Jadual Gaji                      : RM 1,498.00 – RM5,678.00
Lain-lain Imbuhan:
           – Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
           – Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
           – Elaun Sara Hidup : RM 300.00

Muat Turun Syarat Permohonan :

1- Syarat Permohonan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

2- Syarat Permohonan Penolong Akauntan Gred W29

Muat Turun Borang
BORANG PERMOHONAN JAWATAN DI PIJ 2018


TARIKH TUTUP : 15 MEI 2018

SUMBER

--
PERBADANAN ISLAM JOHOR
T3.1, Bangunan PIJ,
No. 26C, Jalan Rebana,
Kebun Teh,
80250, Johor Bahru,
Johor Darul Ta'zim.

Tel: +6 07-3369 200
Faks: +6 07-3369 250
E-mel: pij@pij.gov.my

" Dato' Khaled Nordin Menteri Besar BERWAWASAN dan inilah yang KAMI MAHU.... " - Pemimpin Mahasiswa

$
0
0
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Muafakat Johor. 

Alhamdulillah di kesempatan ini, saya sebagai salah seorang Mahasiswa Johor yang sentiasa bersama dengan kerajaan negeri, ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Mohamed Khaled Nordin di atas jasa dan pengorbanan tuan demi Negeri Johor yang amat kita cintai ini. 

Ternyata buah fikiran tuan amatlah comprehensive, inclusive dan penuh de­ngan wawasan serta berstrategi demi mencapai Dekad Baharu Johor yang bakal kita kecapi tidak lama lagi. 

Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian supaya bijak-lah di dalam memilih wakil rakyat anda. 

Buka-lah mata dan rajin-rajinkan diri membaca dari sumber yang benar. 

Suka juga ingin saya mengingatkan supaya kita turut bersama di dalam membangunkan Negeri kita dan bukan hanya pandai mengkritik sahaja. 

Tidak kisah-lah walaupun kita berlainan ideologi, yang penting kita sebagai rakyat Johor haruslah Bermuafakat demi mencapai Johor yang Lestari. 

Semoga kemenangan milik pemimpin yang dikasihi...


Mohamad Fathin Bin Mohd Zakiyuddin
Presiden 
Ikatan Siswa Anak Darul Takzim (ISKANDAR) 
Universiti Malaysia Pahang 
07 April 2018 

" Beliau sentiasa beri peluang anak muda berkarya dan sumbang idea #DemiJohor " - Mahasiswa

$
0
0
Sebagai anak jati Johor, saya sangat-sangat terpegun dan menghormati kepimpinan yang dibawa oleh YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dalam memajukan Negeri Johor. 

Semenjak dulu lagi, Dato' sentiasa memberi peluang kepada anak muda untuk terus berkarya dan memberi peluang menyumbang idea untuk pembangunan Negeri Johor. 

Terima kasih YAB Dato' atas segalanya.

Saya mewakili Anak Johor, akan terus mengidamkan kepimpinan Dato' untuk memimpin Johor pada masa akan datang.


RIAN BIN AZMAN
Yang DiPertua 
Majlis Perwakilan Pelajar 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 
Duta Jauhar 3.0 
Anak Jati Johor Bahru 

--- Komen dari posting---- 

Fieya Abdul Samat :
Semoga YAB Datuk Khaled diberi mandat oleh rakyat Johor untuk terus kekal memimpin Johor. Tahniah & terima kasih Rian sentiasa berbakti kepada negeri Johor.
Johor tetap jadi Johor. #teamjohor

Hafizi Mustari : 
Kepimpinan yg cemerlang dari tahun ke tahun.. Tahniah YAB MB JOHOR semoga diberi mandat untuk terus memimpin Johor DT dan tahniah juga bro Rian Azman sentiasa berbakti pada negeri kelahirannya.. #muafakatjohor

Amisah Jaffar : 
Saya bangga menjadi rakyat Johor dibawah pimpinan YAB MB Johor. Semoga Johr terus maju bersama beliau. Tahniah jugak kepada bro Rian Azman yg sentiasa berbakti kepada rakyat Johor. 
#teamjohor
#staywithkhaled
#sayapilihbiru

Balqis Sakura : 
Proud to be johorean. Semoga YAB MB Johor terus diberi mandat untuk memimpin Johor & majukan johor. Tahniah to Rian Azman. Teruskan perjuangam n berbakti untuk negeri kelahirannya Johor.

Mohd Syafiie :
Terima kasih MB kerana sentiasa memberi peluang kepada mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat.

Muhammad Arif Abdul Khalil :
Semoga Johor kekal dipimpin oleh orang2 hebat seperti Dato dan bakal diwarisi generasi yang terus menerajui dan menjadi idola untuk negeri2 lain bersama maju. Semoga Dato dikurnia keberkatan hidup dunia dan akhirat... Terima Kasih juga buat YDP Rian juga sebagai sahabat baik saya, kerana saya yakin dan percaya anda juga salah seorang yang saya berharap dapat diberi kepercayaan suatu hari nanti menjadi salah satu tompok kepimpinan dia Permata Selatan ini. #teamJohor

Azizul Haqeem : 
Terima kasih YAB Datuk Khaled atas usaha yg dilakukan utk mencapai misi johor berkemajuan.. terima kasih dan tahniah juga kpd YDP Rian Azman atas sokongan dan kongsi ilmu dalam menjayakan program2 bawah pimpinan MB seperti DUTA JAUHAR. 


Surat Terbuka untuk Tun Dr Mahathir

$
0
0
.: Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad :.


Assalamualaikum wbt YBhg Tun, 

Saya mendoakan agar Tun & Tun Dr Hasmah berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Semoga Allah swt merahmati usaha Tun untuk melihat “Malaysia yang lebih baik”, biarpun di saat ini sepatutnya Tun sedang berehat bersama keluarga di rumah. Tetapi atas nama “perjuangan”, Tun tetap gagahkan jua sisa-sisa kudrat yang ada untuk buat apa yang terdaya. 

Sebelum saya pergi jauh, izinkan saya perkenalkan diri saya kepada Tun.

Nama saya Qaim, berasal dari Muar, Johor. Seorang anak muda daripada keluarga sederhana, yang mempunyai minat yang sangat tinggi dalam bidang politik, tetapi saya bukanlah ahli daripada mana-mana parti politik.

YBhg Tun,

Tun merupakan idola saya sejak kecil. Saya membesar dengan lagu “Jika Kau Fikirkan Kau Boleh (Fikirkan Boleh)”, “Puji dan Syukur pada Illahi (Sejahtera Malaysia)”, dan berbagai-bagai lagi lagu patriotik yang membina jatidiri saya sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga sedang melalui zaman di mana penghormatan kepada Tun boleh menjadi suatu “taboo” bagi sesetengah penjawat awam, guru-guru, dan juga anggota-anggota keselamatan yang membesar di zaman kepimpinan Tun.

Kami dinasihatkan untuk berkecuali dalam menyatakan pendirian atau kencenderungan dalam politik, tetapi hormat kami kepada Tun, sewajarnya merentasi sempadan politik. 

YBhg Tun,

Saya masih meneduhkan diri daripada berjudi melontarkan sebarang pertanyaan tatkala negara ini sedang melanda perubahan cuaca politik yang tidak dapat saya fahami dengan jelas.

Takut-takut persoalan saya menyebabkan segelintir pihak tidak akan senang dan membuat keputusan untuk melabel saya sebagai askar upahan parti, buta taqlid, dan bermacam-macam lagi tuduhan yang bakal membuli diri ini daripada mendapatkan sesuap kebenaran.

Saya masih dirantai keraguan yang sangat membelengu.

Yang terbaharu, Tun dan rakan-rakan yang dahulunya dari UMNO sedang berusaha untuk memadamkan nama UMNO dan Barisan Nasional, sebuah parti yang Tun dan rakan-rakan telah bangunkan sekian lama, untuk dihantar ke jirat politik.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Tun dilihat begitu bersungguh-sungguh ingin membentuk kerajaan bersama-sama rakan dari Pakatan Harapan, yang dianggotai oleh musuh-musuh politik Tun dahulunya.

Saya pelik dan hairan Tun, 

Tidakkah Tun melihat bahawa musuh-musuh Tun dahulunya sedang menyediakan jeriji besi yang akan memenjarakan Tun daripada terus melakukan perubahan? Penjaranya bukan di Sungai Buloh, tetapi penjara di kem Pakatan Harapan yang lebih perit siksaannya.

Sejujurnya, saya rasa tertampar dengan hayunan kekeliruan yang sungguh dahsyat, bilamana Tun mengambil keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan bersama dengan rakan-rakan dari UMNO yang rakyat kenal sebagai “Ultra-Melayu”, tidak ada yang lebih pro kepada Melayu seperti Tun, Tan Sri Muhyiddin, Dr Rais Yatim, dan lain-lain.

Saya tidak berminat untuk mempersoalkan tentang sama ada benar atau tidak segala tuduhan Tun kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu sosok politik yang telah dan sedang menghabiskan majoriti usianya di dalam penjara sejak saya kecil lagi, dan saya juga tidak berminat untuk mempersoalkan sama ada benar atau tidak skandal-skandal politik Tun yang telah didoktrin oleh barisan pemimpin pembangkang semasa saya cenderung untuk minat politik sejak dari zaman remaja.

Terlalu panjang untuk saya persoalkan.  Episod itu terlalu panjang.

Namun, cukuplah yang asas sahaja hari ini, saya masih belum jumpa jawapan yang konkrit, kenapa Tun melakukan ini semua?

Saya faham, niat asal Tun hanya mahu membuang parasit yang merosakkan sebahagian pokok, tetapi mutakhir ini, Tun dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menebang keseluruhan pokok yang telah berusia puluhan tahun, pokok yang telah memberi banyak manfaat daripada buah-buah kepimpinan terdahulu, daun-daun idea pemimpin lama yang menjadi tempat berteduh orang Melayu, tanpa mengetepikan kaum-kaum yang lain, serta bunga-bunga pencapaian yang terhasil daripada baja-baja perjuangan pemimpin terdahulu yang telah pergi lama meninggalkan kita. 

Idea untuk menumbangkan pokok yang sedia ada ini asalnya ialah perjuangan golongan antagonis yang sentiasa iri hati dengan usaha setiap pemimpin yang datang & pergi, yang ikhlas menggalas amanah untuk menjaga pokok ini bersilih ganti.

Iya, saya boleh bersetuju dengan Tun.

Tanyalah 10 rakyat secara rawak, secara purata, majoriti daripada mereka akan bersetuju UMNO memerlukan sosok pemimpin yang lebih baik untuk memimpin, tidak dinafikan sama sekali.

Tetapi adakah dengan cara menghukum keseluruhan pemimpin & penyokong berkecuali yang selama ini bermati-matian memperjuangkan nasib agama, bangsa & negara merupakan satu tindakan yang tepat?

Bagaimana pula harini Tun boleh bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1998 untuk melawan Tun secara khusus dan terang-terangan?

Saya masih kabur dan sangat tidak faham.

Saya percaya Tun dah pun menonton video Hew “Superman DAP” dan Nga Kor Ming yang sungguh biadap meletakkan maruah Tun di tahap “kuda tunggangan” mereka untuk menuju Putrajaya, meminta kaum cina untuk mendoakan Tun tidak mati dahulu sebelum mereka berjaya tumbangkan BN, melawak-lawakkan Tun di atas pentas dengan bahasa yang sangat biadap, tidakkah apa yang mereka perkatakan ini sedikit pun tidak menjentik hati Tun?

“Demokrasi Ala Penjajah” yang cuba digerakkan oleh pemain-pemain watak antagonis sebelum merdeka yang tidak senang dengan kuasa yang ada pada orang Melayu & Islam harini, pastinya akan menjerut mati figura-figura yang sememangnya ikhlas berjuang kerana agama, bangsa & negara.

Golongan yang memperjuangkan “Demokrasi Ala Penjajah” ini persis penjajah British sewaktu mereka datang ke tanah melayu ketika dahulu.

Mereka tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu, mereka cuma mahu menjadi penasihat, dan akhirnya merekalah yang akan jadi pencatur yang sangat berkuasa menentukan segala-galanya, termasuk dalam urusan orang Melayu dan juga agama Islam.

YBhg Tun,

Saya juga merasa sangat hiba dan sedih kerana terpaksa mendengar Tun mengubah skrip ucapan di dalam setiap siri ceramah dengan mencela parti yang Tun bangunkan ketika dahulu bersama-sama rakan yang lain. Ianya teramatlah janggal bagi saya.

Mereka yang selama ini tidak dapat menyeberang sungai, harini berlari-lari di atas penyertaan Tun untuk mereka cuba sampai ke tanah yang diimpikan.

Tulisan ini bukanlah terlahir hasil doktrin BTN, jauh sekali saya mewakili lidah UMNO, yang sering dituduh kerap menggunakan isu kaum dan agama. Saya bukan ahli politik.

Tetapi ianya datang daripada akal dan pertimbangan saya sebagai anak muda yang masih meraba-raba jawapan. Datang dari generasi Y yang suka bertanya. Saya cumalah anak muda yang baru hendak celik dan belajar cakna politik.

Maafkan saya Tun.

Sungguh kurang adab saya jika saya berniat ingin “mengajar” Tun untuk berpolitik.

Pengalaman Tun jauh lebih luas dari saya, malah jauh lebih luas dari orang tua saya & juga datuk saya. Kami semua menghormati dan menyanjungi Tun.

Namun ketahuilah Tun,

Saya sedang tersepit.

Saya percaya, ramai orang Melayu juga sedang tersepit.

Kami mahukan perubahan, tetapi bukan bersama dengan parti chauvanis, liberal, ekstrim bersama konco-konconya.

Biarlah sejarah yang menjelaskan segala-galanya.

Saya tak mahu jadi Buang dalam filem Sarjan Hassan.

Saya tak mahu memilih untuk menjadi “berkuasa” di dalam kesulitan.

Bersekongkol dengan pihak musuh dan menjadi Kempeitai Jepun.

Menunjuk belang di hadapan orang-orang yang sebangsa dan seagama.

Hakikatnya, bangsa dan agama kita tetap dibantai dengan begitu kejam.

Saya yakin orang kita boleh berubah dan maju dengan cara dan acuan kita sendiri, tanpa perlu mengharapkan bantuan daripada watak penjajah yang kononnya hendak membantu, tetapi penjajah tetap penjajah.

Saya tidak rela menjadi orang yang “tertawan sebelum ditawan”.

Saya hormati perjuangan Tun.

Tun merupakan tokoh yang sangat berpengaruh, tidak boleh dinafikan.

Cuma sayang perjuangan ini tidak berakhir untuk kebaikan, malah mendekat kepada kehancuran.

Biarlah dengan cara apa sekalipun, biarpun mungkin pincang, saya sebagai anak warisan kepada bangsa yang kerdil ini akan cuba meneruskan sebuah “Perjuangan Yang Belum Selesai” ini mengikut susur perjuangan saya sendiri, untuk mengubah kelemahan tanpa mengubah prinsip.

Kerana prinsip itu tidak ternilai harganya. Biarlah rebah berkali, berjalan mata tertutup tanpa tali, asalkan bangsa ini dapat berdikari.

Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil.

Sesekali saya tidak akan menyokong yang batil, baik kerajaan yang bakal dibentuk adalah masih dari Barisan Nasional, Pakatan Harapan, ataupun Gagasan Sejahtera.

Sayang seribu kali sayang.

Sungguh perang demokrasi ini tidak ubah seperti najis yang cuba dihias cantik.

Memalit kotor kepada kesatuan. Mencela ukhwah kerana perebutan.

Salam hormat dari saya buat Tun,

9 Mei 2018 ini akan menentukan segala-galanya. “Semoga berjaya” Tun.

Kita doakan rakyat benar-benar bijak menilai.

Assalamualaikum.

Insan kerdil yang mempunyai kuasa undi. 

QAIM QAYS 

#MalaysiaMemilih #PRU14

"Sejati Royal Night"

$
0
0

Majlis Makan Malam "Sejati Royal Night" pada Sabtu, 21 April 2018 di V8 Hotel, Nusa Bestari, Johor Bahru. 

Majlis ini dianjurkan oleh Sekretariat Anak Johor Darul Ta'zim (SEJATI) UTM bagi meraikan dan memberi penghargaan kepada barisan exco dan mahasiswa-mahasiswa UTM yang telah sama-sama bermuafakat menyumbang tenaga dan komitmen dalam menggerakkan pelbagai program dan aktiviti melalui platform SEJATI sepanjang sesi 2016 hingga awal sesi 2018. 

 
 
 

Majlis disempurnakan oleh YBhg Tn Haji Sheikh Nafiq Alfirdaous, Ahli Majlis MBJB Zon Bandar. Turut hadir, beberapa mantan pimpinan Sejati UTM termasuklah Pengasas dan Presiden pertamanya, Dr Nor Hasrul Akhmal Ngadiman (kini Pensyarah Kanan di UTM), Dr Hadafi Fitri (Pensyarah Kanan Fakulti Biosains UTM), Mohd Syafik Rahmat (Presiden SEJATI UTM), Mohd Najib Samingin (Setiausaha PMJ), dan Mohd Haziq Taib (Timbalan Presiden MAHAJJ UTHM). 

 
 

Lebih 60 orang mahasiswa UTM hadir dan diraikan pada majlis itu dengan penyampaian sijil penghargaan, pemberian hadiah cabutan bertuah dan persembahan Zapin Johor. 

#MahasiswaJohor 
#TeamJohor
#DekadBaharuJohor

Nakhoda baharu mampu pacu Pendidikan Tinggi

$
0
0

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meneruskan hasrat memegang jawatan Menteri Pendidikan, memberi tuah dan laluan kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Maszlee mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan dalam Kabinet baharu Malaysia pada Isnin lalu. Tahniah diucapkan.

Pengalaman beliau sebagai ahli akademik (penolong profesor) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) boleh menjadi asas dan membantu keupayaannya memimpin sektor pendidikan negara.

Namun, cabaran besar menanti apabila dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi disatukan yang bakal menguji kemampuan beliau dalam menyantuni isu pendidikan peringkat sekolah sehingga universiti.

Hal ini disebabkan oleh faktor pihak berkepentingan yang berbeza selain pendekatan pengurusan yang tidak sama. Pengurusan sekolah adalah berpusat, tetapi pengurusan universiti bersifat lebih berautonomi.

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi pernah digabungkan pada 2013, tetapi dipisahkan semula ketika rombakan Kabinet pada Julai 2015.

Dalam temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta beberapa hari lalu, Maszlee menekankan soal pemerkasaan atau empowerment kepada setiap warga sektor pendidikan di negara ini. Bagi beliau, era kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir.

Justeru, setiap warga dan pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan, sama ada sekolah, universiti, guru, pensyarah atau ibu bapa perlu diberikan hak dan ruang untuk menyumbang secara lebih berkesan dengan sikap saling percaya.

Hala tuju pendidikan tinggi

Artikel ini memberi tumpuan kepada sektor pendidikan tinggi.

Kita percaya hala tuju pendidikan tinggi negara oleh Kabinet baharu akan mengambil kira perkara yang telah disenaraikan dalam Buku Harapan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, antaranya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Maszlee sendiri mengakui pernah menjadi mangsa AUKU dan mendakwa kebebasan bersuara terbatas sebelum ini.

Bagaimanapun, sebarang pengenalan akta baharu bagi menggantikan AUKU perlu berlandaskan kajian mendalam dan bebas daripada kepentingan politik.

Selain itu, fokus juga perlu diberikan kepada dua pelan penting dalam sektor pendidikan negara, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (PPPM PT) 2015-2025.

Meskipun dua pelan ini adalah legasi kerajaan terdahulu, ironinya ia adalah dasar pendidikan yang dicetuskan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan.

Maszlee dan Muhyiddin kini bersama dalam satu pasukan dan secara kebetulan datang dari parti politik sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Saya melihat beberapa cabaran utama dalam sektor pendidikan tinggi yang perlu diambil perhatian oleh Menteri Pendidikan baharu.

Pertama, governan dan tadbir urus universiti yang sememangnya mendasari cabaran universiti, khususnya untuk memacu kecemerlangan.

Banyak pihak percaya bahawa governan dan tadbir urus universiti sebagai badan berkanun, perlu berubah, khususnya bagi mendukung peranan baharu universiti agar terus relevan, termasuk soal pembinaan wawasan dan strategi kepemimpinan yang mantap.

Kedua, governan dan tadbir urus universiti tidak akan berkesan tanpa autonomi. Tidak dinafikan, universiti diberikan autonomi dalam beberapa perkara, namun ia masih terbatas khususnya dalam aspek kewangan apabila terpaksa berdepan banyak kerenah birokrasi.

Autonomi akademik

Hal ini sangat kritikal kerana universiti sewajarnya dilihat sebagai satu entiti yang berbeza dengan sebuah jabatan kerajaan. Soal autonomi bukan sahaja merujuk kepada institusi, tetapi bersangkutan dengan ahli akademik.

Kebebasan akademik membolehkan ahli akademik meneroka ilmu dan berkongsi dapatan kajian bersandarkan kebenaran, meskipun ia tidak selari dengan jalur pemikiran kerajaan atau pihak autoriti.

Namun, kebebasan akademik bukan kebebasan mutlak yang mengetepikan etika akademik. Ia perlu dipertanggungjawabkan.

Ketiga, kualiti universiti dan pendidikan tinggi secara menyeluruh. Buat masa ini, kualiti universiti bersandarkan kepada kedudukan ranking dan kita percaya kualiti universiti dan pendidikan mesti melangkaui sistem ranking.

Pembinaan karakter pendidikan tinggi perlu melihat aspek profesionalisme dan keinsanan dalam key intangible performance (KIP) seperti amanah dan integriti. Selain itu, aspek kebajikan dan kesejahteraan ahli akademik perlu diberikan perhatian.

Pendek kata, karakter pendidikan tinggi baharu mesti dijelmakan dengan mengimbangi soal kecemerlangan dan kesejahteraan.

Keempat, penjanaan pendapatan menjadi antara cabaran utama universiti awam untuk terus beroperasi dan pada masa sama, memacu kecemerlangan.

Beberapa tahun kebelakangan, dana kerajaan kepada universiti semakin berkurangan dan ia mendesak universiti menjana pendapatan sendiri.

Tidak dinafikan, penjanaan pendapatan 'mengganggu' sedikit sebanyak fokus universiti untuk terus memberi perhatian kepada aktiviti teras akademik.

Sektor paling kritikal

Untuk merealisasikan hasrat Malaysia menjadi negara maju, sektor pendidikan tinggi adalah sektor paling kritikal.

Harapan dalam sektor pendidikan, khususnya pendidikan tinggi terletak kepada Menteri Pendidikan baharu dan timbalannya nanti.

Sejak sektor pendidikan tinggi mula diberikan tumpuan oleh kerajaan, figura seperti Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Muhyiddin dan Datuk Seri Idris Jusoh telah dilantik menerajui sektor ini.

Masing-masing meninggalkan legasi tersendiri dan kini, perhatian diberikan kepada Maszlee untuk terus menakhoda sektor pendidikan tinggi negara.

Kita meletakkan harapan tinggi kepada beliau, lebih-lebih lagi dengan tunjuk ajar dua bekas Menteri Pendidikan, iaitu Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Pada masa sama, beliau juga boleh dibantu dengan pandangan pakar dan pihak berkepentingan bagi mencapai satu-satu keputusan demi kebaikan bersama.

Apa yang penting, sektor ini perlu memenuhi harapan rakyat dan tidak seharusnya dipolitikkan.

Oleh: Dr Mohd Izani Mohd Zain

Penulis adalah Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM, Setiausaha Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi

Viewing all 198 articles
Browse latest View live